Ini Yang Korang Kena Tahu Pasal FIFA 20

Game, Tech

Bila tamat je liga domestik bola sepak Eropah, maknanya tak lama lagi akan muncul lah permainan video terbaru, FIFA 20. Baru-baru ni, secara rasminya, FIFA 20 ditayangkan kepada orang ramai untuk tunjukkkan apa kelainan yang ada dalam FIFA 20 kali ni.

Image Via : Twitter

Rasanya ramai yang dah tahu, salah satu kelainan yang ada dalam FIFA 20 ialah permainan video FIFA Street yang dah lama dipinta dan didambakan oleh peminat permainan video FIFA kini secara rasminya akan kembali!

FIFA Street atau kali ni dikenali sebagai Volta Football, mode permainan yang memang seakan-akan FIFA Street cuma tukar nama je, kali ni dikatakan lebih gempak dengan visual dan gameplay yang lebih canggih. Untuk info, kali terakhir FIFA Street dipasarkan ialah pada tahun 2012, 7 tahun yang lepas.

Apa Maksud Volta?

Volta berasal daripada bahasa Portuguese yang bermaksud kembali, secara simboliknya, EA Sports nak bawa peminat dan pemain FIFA 20 kembali ke kancah bola sepak jalanan yang pernah melahirkan pemain bola sepak ternama antaranya Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Ronaldinho dan ramai lagi lah.

Kita masa mula-mula belajar nak sepak bola pun bermula kat jalanan, betul? Jarang sekali rasanya kali pertama main bola terus main kat atas padang. Itu lah yang cuba ditunjukkan oleh EA Sports menerusi Volta Football.

Antara mode perlawanan Volta Football yang memang confirmed ada dalam FIFA 20 nanti ialah 3v3 Rush (Takde Penjaga Gol), 4v4, 4v4 Rush, 5v5 dan Professional Futsal. Korang boleh pilih la ikut suka hati korang nak main mode yang mana satu. Main secara offline dengan kawan-kawan boleh, nak main secara online pun boleh.

Selain tu gak, kita boleh cipta sendiri pemain yang kita nak guna dalam Volta Football. Boleh tukar rambut, baju, seluar, kasut dan macam-macam lagi lah.

Bila Boleh Main FIFA 20?

Secara umumnya, semua kaki FIFA yang wujud kat dunia ni boleh beli dan main FIFA 20 bermula 27 September 2019. Tapi macam biasa la, untuk yang dah berkobar-kobar dan dah tak sabar sangat dah nak main, boleh pre-order FIFA 20 untuk main lagi awal, pada 24 September 2019.

Siapa Cover Star FIFA 20?

Buat masa ni, takde lagi mana-mana pemain bola sepak ternama yang dipilih menjadi cover star untuk FIFA 20. Pelik gak kenapa cover FIFA 20 kali ni gunakan percikan cat je. Tapi percikan cat je pun masih lagi cun.

Image Via : YouTube

Ada gossip liar yang kata, Neymar merupakan pemain bola yang dikatakan akan jadi cover star untuk FIFA 20. Tapi disebabkan baru-baru ni Neymar ada kes mahkamah, tu yang kali ni takde cover star masa FIFA 20 pertama kali ditayangkan kepada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harrison James Hasouras (@harrison.hasouras) on

FIFA 19 tahun lepas, Cristiano Ronaldo yang jadi cover star. Siap tukar design 2 kali disebabkan perpindahan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus.

Cristiano Ronaldo pun ada kes mahkamah hari tu dan cover star FIFA 19 terus ditukar dan gunakan gambar Neymar, Kevin De Bruyne dan Paulo Dybala.

KATALAKI: Kaki gentel FIFA memang seronok la dengan kehadiran Volta Football ni. Story mode yang guna Alex Hunter tu apa cerita? Ada lagi ke tak agak-agaknya?

Last modified: 11 June 2019