Ini Yang Korang Kena Tahu Pasal Kobe Bryant

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada 26 Januari 2020, satu dunia gempar dengan berita tragis yang menimpa legenda pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant yang juga dikenali dengan gelaran Black Mamba, apabila disahkan maut dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan anak perempuannya, Gianna Bryant.

Kalau korang perasan kat media sosial selepas kejadian yang menimpa Kobe Bryant, kebanyakan orang yang berpengaruh di seluruh dunia termasuk lah ahli politik, selebriti ternama, ikon bola sepak, semuanya meluahkan rasa sedih dengan kehilangan salah seorang pemain bola keranjang teragung sepanjang zaman.

 

View this post on Instagram

 

You’ve been an example for our generation. R.I.P. Legend

A post shared by Andrea Pirlo Official (@andreapirlo21) on

 

View this post on Instagram

 

It’s taken me hours to work out what to write and still my words won’t ever be enough to describe how I am feeling after the tragic loss of Kobe. This was one special athlete, husband, father and friend. Having to write these words is hard enough but also knowing we have lost an amazing human being and his beautiful and talented daughter Gianna is heartbreaking. The commitment Kobe showed to his sport was inspiring, to go through the pain and to finish a game off like only he could inspired me to try to be better. Sometimes I would only go to games just to watch that clock go down to the last 2:00 minutes knowing that we were about to witness something special. Kobe always talked about Vanessa and his beautiful girls and how proud he was of them. Kobe’s passion was his family and basketball. He was determined to inspire the next generation of boys and girls to embrace the sport that he loved. His legacy will live on. My family’s love and prayers go out to Vanessa and the girls, to Kobe’s basketball family, and of course to the families of those who were tragically lost with him yesterday… 💛💜

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

Memandangkan sukan bola keranjang tak popular macam sukan bola sepak di Malaysia dan mungkin ada lagi yang masih tak faham kenapa Kobe Bryant disanjung di seluruh dunia, kali ni kami nak ceritakan apa yang korang kena tahu pasal Kobe Bryant.

LA LAKERS SAMPAI MATI

Walaupun lahir di Philadelphia, Kobe Bryant merupakan pemain bola keranjang Los Angeles Lakers paling setia selepas mengabdikan karier sebagai pemain bola keranjang profesional hanya bersama satu pasukan iaitu LA Lakers selama 20 tahun sejak tahun 1996. Kobe Bryant berjaya menang 5 kejuaraan NBA bersama LA Lakers pada tahun 2000, 2001, 2002, 2009 dan 2010. Pasukan Philadelphia 76ers merupakan musuh ketat Kobe Bryant di dalam gelanggang bola keranjang.

HAMPIR JADI PEMAIN BOLA SEPAK

Kobe Bryant dibesarkan di Itali sejak berumur 6 tahun selepas bapanya, Joe Bryant bersara daripada NBA dan mula terlibat dan bermain untuk pasukan bola keranjang di Itali. Masa kat Itali, Kobe Bryant lebih terdedah dengan sukan bola sepak dan A.C. Milan merupakan pasukan bola sepak kegemarannya. Sebab tu kalau korang perasan, selamba je Kobe Bryant timbang bola dengan pemain bola sepak ternama dunia.

KESALAHAN JENAYAH

Pada tahun 2003, Kobe Bryant pernah terbabit dengan kes jenayah serangan seksual selepas didakwa merogol seorang pekerja hotel yang berusia 19 tahun di sebuah hotel, ketika dalam proses menjalani pembedahan lutut. Pada tahun 2004, kes Kobe Bryant berjaya diselesaikan di luar mahkamah selepas Kobe Bryant membuat permohonan maaf secara terbuka.

KOBE BRYANT VS MICHAEL JORDAN

Bila muncul berita yang meluas mengenai nahas helikopter yang menimpa Kobe Bryant, mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada gak yang pertama kali dengar nama Kobe Bryant disebabkan bola keranjang dah terlalu sinonim dengan Michael Jordan. Tapi persoalannya, Kobe Bryant atau Michael Jordan yang lagi gempak dalam gelanggang bola keranjang?

Susah untuk tentukan siapa yang lagi gempak sama ada Kobe Bryant atau Michael Jordan, tapi Kobe Bryant dah pernah menang 5 kali kejuaraan dan Michael Jordan pernah menang 6 kali, Kobe Bryant pernah menang anugerah NBA Most Valuable Player sebanyak sekali dan Michael Jordan sebanyak 5 kali, Kobe Bryant pernah mencatatkan mata sebanyak 33,643 mata sepanjang karier dan Michael Jordan sebanyak 32,292 sepanjang karier.

KATALAKI: Kobe Bryant pernah ada lagu dulu. Kalau nak dengar, korang boleh cari kat YouTube. Kobe Bryant berduet dengan Tyra Banks.

Last modified: 29 January 2020