Piala Dunia Ragbi 2019 – Ini Yang Korang Kena Tahu

Aktif

Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia Ragbi, Jepun dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia Ragbi 2019 kali ni. Sama gak macam Piala Dunia FIFA, Piala Dunia Ragbi diadakan setiap 4 tahun. Piala Dunia Ragbi 2015 yang berlangsung di England, berjaya dimenangi oleh New Zealand. Tahun 2011, New Zealand gak yang menang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by All Blacks (@allblacks) on

Piala Dunia Ragbi 2019 dah pun bermula pada 20 September 2019 sehingga 2 November 2019. Kenapa Jepun dipilih sebagai tuan rumah kali ni? Selain daripada bertujuan untuk meluaskan lagi sukan Ragbi di negara-negara Asia, kecanggihan teknologi juga merupakan salah satu sebab Jepun dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2019. Tengok je la video kat bawah ni macam mana canggihnya stadium kat Jepun.

Pasukan Yang Bertanding

Sebanyak 20 pasukan yang akan bersaing dalam Piala Dunia Ragbi 2019 antaranya 2 pasukan dari benua Afrika, 2 pasukan dari benua Amerika Utara, 2 pasukan dari benua Amerika Selatan, 5 pasukan dari benua Oceania, 8 pasukan daripada benua Eropah dan 1 pasukan dari benua Asia.

New Zealand merupakan pasukan paling berjaya dalam Piala Dunia Ragbi sejak kali pertama dianjurkan pada tahun 1987. New Zealand dah berjaya menang Piala Dunia Ragbi sebanyak 3 kali, Australia dan Afrika Selatan sebanyak 2 kali dan England sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rugby World Cup 2019 (@rugbyworldcup) on

Untuk info, setiap kali perlawanan pertama Piala Dunia Ragbi berlangsung, pengadil perlawanan akan menggunakan wisel yang sama digunakan sejak Piala Dunia Ragbi 1987. Kali pertama wisel tersebut ditiup dalam perlawanan Ragbi ialah pada tahun 1905.

Trofi Piala Dunia Ragbi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rugby World Cup 2019 (@rugbyworldcup) on

Sasaran utama pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia Ragbi dah tentu sekali untuk menjulang trofi Piala Dunia Ragbi yang dikenali sebagai Piala William Webb Ellis. William Webb Ellis dikatakan merupakan seorang tokoh dan legenda yang mencipta sukan Ragbi.

KATALAKI: Boleh ke New Zealand menang untuk 3 tahun berturut-turut?

Last modified: 24 September 2019