Info Wajib Tahu: Sebelum Liga Super 2020

Aktif, Bola, ZeKool

Kurang daripada 3 minggu sebelum Liga Super 2020 bermula, Malaysian Footbal League (MFL) baru je mengumumkan mengenai tajaan yang diterima daripada CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) sebagai penaja utama Liga Super Malaysia. MFL suka betul bagi kejutan di saat-saat akhir. Berapa nilai tajaan, biarlah rahsia. Tahniah kepada MFL, semoga liga bola sepak semakin gah lepas ni sebab dah ada penaja!

Sebagai peringatan kat korang yang dah leka sangat layan Premier League, perlawanan Liga Super 2020 akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah pada 28 Februari 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, stadium baru JDT.

Setakat ni, hanya Selangor, JDT dan Kedah je yang dah tayang jersi terbaru yang akan digunakan sepanjang musim Liga Super 2020. Terengganu akan menyusul untuk memperkenalkan jersi terbaru pada 13 Februari 2020. Pasukan yang lain memang suka tunggu last minute kot.

 

View this post on Instagram

 

JERSI NIKE MUSIM 2020 KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM __ JOHOR DARUL TA’ZIM FC 2020 SEASON NIKE JERSEYS Hidup Johor Demi Johor #MakeWayForTheKing #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

 

View this post on Instagram

 

RISE UP, IT’S TIME. Home Kit 2020 Season.

A post shared by Football Association of Kedah (@official_kedahfa) on

Pada hari yang sama tajaan daripada CIMB diumumkan, MFL ada gak kongsikan kepada peminat dan penyokong liga bola sepak Malaysia mengenai bola baru yang akan digunakan sepanjang musim 2020, Nike Merlin II.

Selamat berjuang kepada JDT yang akan memulakan saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2020 menentang Vissel Kobe di Jepun pada 12 Februari 2020. Andrés Iniesta dah turun training dah tu sebagai persiapan untuk berhadapan dengan Farizal Marlias dan rakan-rakan seperjuangan. Sejarah bakal tercipta.

Bertubi-tubi tahniah kepada JDT yang baru-baru ni dinobatkan sebagai AFC Cup Club of the Decade selepas menerima undian atas talian tertinggi menewaskan pasukan-pasukan lain dari Iraq, Kuwait dan Lubnan. JDT tercalon dalam senarai AFC Cup Club of the Decade selepas berjaya menaikkan reputasi sebuah pasukan bola sepak menerusi beberapa pencapaian sehingga mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia dalam masa 10 tahun.

Pada tahun 2015, JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya layak ke perlawanan akhir AFC Cup dan sekali gus berjaya menjulang piala AFC Cup 2015. Sekali lagi, rakyat Malaysia berjaya membuktikan Malaysia mempunyai kuasa undian atas talian yang padu selepas kali terakhir nama Malaysia dijulang di peringkat antarabangsa apabila Faiz Subri dianugerahkan FIFA Puskás Award pada tahun 2016 menerusi undian atas talian.

KATALAKI: Dah tak sabar nak tengok drama Liga Super 2020 kali ni. Semoga JDT menerima saingan yang sengit.

Last modified: 14 February 2020