Pada 10 Ogos 2019 nanti, bermula lah musim terbaru Premier League di England untuk menentukan pasukan mana yang akan menjadi juara di penghujung musim 2019/20 nanti. Ini jadual perlawanan minggu pertama Premier League mengikut waktu Malaysia.

Image Via : premierleague.com
Sebelum bermula perlawanan pertama Premier League, ada beberapa perkara yang korang kena tahu supaya korang lebih bersedia untuk layan perlawanan pasukan favourite korang setiap minggu nanti.
Undang-Undang Baru
Premier League musim 2019/20 ni merupakan kali pertama teknologi VAR akan digunakan dalam semua perlawanan Premier League. Selain tu, ada gak undang-undang baru yang lain akan dikuatkuasakan di Premier League. Korang boleh tengok kat bawah ni.
🚨 @premierleague rule change alert 🚨 pic.twitter.com/HKpVUSBEF4
— COPA90 (@Copa90) June 30, 2019
— COPA90 (@Copa90) June 30, 2019
Premier League musim baru ni juga membolehkan pengurus dan jurulatih setiap pasukan dikenakan kad kuning dan merah jika didapati melakukan kesalahan di luar padang sehingga menganggu perlawanan yang sedang berlangsung di dalam padang.
Pengurus Baru
Hanya 3 pasukan yang menggunakan khidmat pengurus baru di permulaan perlawanan Premier League 2019/20 iaitu Brighton & Hove Albion, Newcastle United dan Chelsea.
Brighton & Hove Albion kini diuruskan oleh Graham Potter, Newcastle United diambil alih oleh Steve Bruce dan Chelsea secara rasminya melantik Frank Lampard sebagai pengurus baru menggantikan Maurizio Sarri yang berpindah ke Juventus.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
HE’S HOME! @FrankLampard is the new Chelsea head coach! ✍️ #WelcomeHomeFrank #CFC #Chelsea
Pasukan Dari London
Ada 5 pasukan dari bandar London yang akan bersaing dalam Premier League 2019/20. Musuh jiran setempat la kiranya. 5 pasukan tersebut ialah Arsenal, Chelsea, Crystal Palace, Tottenham Hotspur dan West Ham United.

Image Via : nbcsports.com
Pemain Baru Paling Mahal
Harry Maguire merupakan pemain paling mahal Premier League 2019/20 setakat ni yang dibeli oleh Manchester United dari Leicester City.
Maguire. Is. A. RED 🔴
We’ve shown you our GIF, so let’s see yours! Show us how you feel about our new signing below 👇@HarryMaguire93 #MUFC pic.twitter.com/BZKF8ZF1a7
— Manchester United (@ManUtd) August 5, 2019
Nicolas Pépé pula merupakan pemain kedua termahal setakat ni yang dibeli oleh Arsenal dari LOSC Lille.
Untuk info, jendela perpindahan pemain untuk pasukan Premier League akan ditutup pada 8 Ogos 2019, pukul 12 tengah malam waktu Malaysia. Tempoh jendela perpindahan pemain Premier League berbeza dengan liga Eropah yang lain.
KATALAKI: Buat kali pertama sejak tahun 2011, takde pasukan dari Wales yang akan bersaing dalam Premier League kali ni selepas Cardiff City tersingkir ke liga bawahan pada musim lepas.