Ini Yang Wajib Tahu Tentang NASA

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak kebelakangan ini terhangat pula nama NASA yang menjadi trending di laman platform Twitter oleh kerana sebuah kes yang melibatkan seorang pelajar dan pusat NASA yang dikatakan telah menganugerahkan biasiswa kepada beliau. Tapi kita tak nak citer pasal isu itu lah.

Apa yang kita nak cerita dan bincangkan harini adalah tentang pusat NASA dan beberapa fakta yang menarik tentang NASA yang korang kena wajib tahu.

Buat pengetahuan kalian, NASA atau nama panjangnya bermaksud National Aeronautics and Space Administration merupakan sebuah badan penerbangan yang bertindak untuk melakukan penelitian serta esplorasi di angkasa lepas, badan NASA juga turut memberi dan menyediakan segala informasi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bumi dan angkasa lepas.

PERMULAAN NASA

NASA ditubuhkan pada 29 Julai pada tahun 1958 iaitu bersamaan dengan kira-kira 62 tahun yang lalu. Namun NASA mula beroperasi pada 1 Oktober 1958 iaitu kira-kira setahun selepas pelancaran satelit pertama di dunia, Sputnik 1 yang dilepaskan oleh Soviet Union. Bulan berikutnya, Sputnik 2 dilancarkan. Dengan pelancaran setelit tersebut, ianya membuatkan Amerika Syarikat merasa terancam apabila was-was dengan tindakan Soviet Union itu.

Dengan penubuhan NASA, ianya juga bertindak untuk khusus menangani kejadian-kejadian yang berlaku di luar angkasa, dan NASA amat dikenali sebagai antara pertubuhan yang terbaik di Amerika Syarikat.

MISI PERTAMA

Selepas setahun penubuhan NASA, mereka melancarkan misi pertama pada tahun 1959, sebuah misi yang dinamakan sebagai Project Mercury. Misi yang telah dibincangkan selama beberapa tahun oleh pakar kajian dan penyelidik angkasa lepas dan hasil daripada Project Mercury ini, NASA berjaya melepaskan angkasawan pertama Amerika Syarikat ke angkasa lepas.

Sebanyak enam orang angkasawan telah terlibat dalam penerbangan angkasa lepas Project Mercury. Dua daripada penerbangan telah pergi dan pulang manakala 4 lagi penerbangan telah masuk ke ruang orbit dan mengelilingi Bumi. Seluruhan penerbangan Project Mercury ini berakhir pada tahun 1963.

GAGAL TAPI BERJAYA

Memang tak sah la kalau kejayaan tanpa kegagalan, dan NASA juga tidak terlepas daripada kegagalan. Setelah mengalami beberapa permasalahan, akhirnya pada tanggal 20 Julai 1969 NASA berjaya mendaratkan angkasawan pertama di bulan menerusi misi Apollo 11.

Neil Amstrong merupakan angkasawan pertama Amerika Syarikat untuk menjejakkan kakinya ke bulan dimana 19 minit kemudian di susuli dengan Buzz Aldrin. Walaupun terdapat sebanyak 3 angkasawan yang terlibat dalam projek Apollo 11 ini, namun hanya Neil Amstrong dan Buzz Aldrin sahaja yang melangkahkan kaki mereka ke bulan. Seorang lagi angkasawan, Michael Collins bertindak untuk menjaga kapal sementara kedua rakannya berada di permukaan bulan.

Antara kegagalan yang pernah dilalui oleh NASA tentunya salah satu kisah misi Apollo 13 yang juga telah diangkat ke layar perak sebagai salah sebuah filem yang popular di Amerika Syarikat, filem yang membintangi Tom Hanks, Kevin Bacon, dan ramai lagi. Kalau nak baca kisah tentang Apollo 13, korang boleh usha kat SINI.

BUKAN MANUSIA JE TAPI

Bukan saja dah hantar manusia ke angkasa lepas. Tapi sebanyak kira-kira lebih kurang 2,200 haiwan telah pun direkod dilepaskan ke angkasa lepas dan ianya terdiri daripada monyet, tikus, arnab, khinzir, dan juga labah-labah.

NASA KE MARS

Antara projek terbaharu yang sedang dijalankan oleh NASA adalah misi eksplorasi ke Marikh atau Mars. NASA juga meletakkan harapan yang tinggi dalam misi untuk menghantar manusia pertama ke planet Marikh dan misi ini adalah misi yang berisiko tinggi kerana ianya lebih sulit daripada misi menghantar angkasawan ke bulan.

Ketika ini NASA sudah berjaya menghantarkan beberapa peralatan penyelidikan ke planet Marikh antaranya sebuah robot seberat 2,260 paun yang digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk mengkaji planet merah itu.

KATALAKI: Kalau dapat kerja dengan NASA memang bangga bro!

Last modified: 5 May 2020