Iniesta, Paulinho & Vermaelen Datang Malaysia Tahun 2020

Aktif, Bola

Pemain bola sepak ternama dunia, Andres Iniesta dan Thomas Vermaelen akan datang ke Malaysia bukan sebab perlawanan persahabatan atau jalan-jalan, tapi dorang akan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan AFC Champions League 2020 selepas Vissel Kobe berjaya menang Emperor’s Cup 2019 di Jepun untuk layak bertanding di AFC Champions League 2020.

Selain daripada Andres Iniesta dan Thomas Vermaelen, bekas bintang Barcelona yang kini bermain untuk pasukan Guangzhou Evergrande, Paulinho juga akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

 

View this post on Instagram

 

@paulinhop8

A post shared by Guangzhou Evergrande FC (@guangzhouevergrande_fc) on

Perlawanan pertama JDT dalam saingan AFC Champions League 2020 akan berlangsung pada 12 Februari 2020 menentang Vissel Kobe di Jepun. Seterusnya, Guangzhou Evergrande akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim Larkin terlebih dahulu pada 19 Februari 2020 dan diikuti Vissel Kobe pada 21 April 2020.

Pada tahun 2019, JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang bersaing dalam AFC Champions League 2019, menamatkan saingan di kedudukan ke-4 dalam kumpulan E bersama pasukan Shandong Luneng, Kashima Antlers dan Gyeongnam FC. JDT berjaya menang 1 perlawanan, seri 1 perlawanan dan tewas 4 perlawanan. AFC Champions League 2019 berjaya dimenangi oleh pasukan dari Arab Saudi, Al-Hilal, secara automatik layak bertanding di FIFA Club World Cup 2019.

Saingan AFC Champions League 2020 nanti akan mencipta sejarah baru untuk pasukan yang diketuai oleh Andres Iniesta iaitu Vissel Kobe, kemunculan pertama dalam sejarah AFC Champions League. Setakat ni, baru 1 piala je yang berjaya dimenangi oleh Andres Iniesta bersama Vissel Kobe iaitu Emperor’s Cup 2019.

Selain daripada Andres Iniesta dan Thomas Vermaelen, David Villa pun pernah gak beraksi dengan Vissel Kobe di Jepun. Pada 1 Januari 2020, David Villa buat penampilan terakhir bersama Vissel Kobe di perlawanan akhir Emperor’s Cup 2019. Tak sempat datang Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

 

View this post on Instagram

 

One last time. #EmperorsCup #VisselKobe #Champions 🏆

A post shared by David Villa (@davidvilla) on

KATALAKI: Rasa macam tak pernah lagi tengok Andres Iniesta beraksi depan mata. Selalu tengok kat dalam TV je.

Last modified: 2 January 2020