Bila kita melangkah masuk ke dalam kapal terbang, benda pertama yang kita akan fikir dalam kepala ialah siapa yang akan duduk kat sebelah kita sepanjang perjalanan. Kalau perjalanan kapal terbang yang kita naik tu selama 8 jam, sepanjang 8 jam tu lah kita kena hadap perangai dan kerenah orang sebelah. Kalau dapat yang elok tu bonus lah untuk kita. Kalau sebaris tempat duduk tu orang yang kita kenal, lagi la bonus untuk kita. Tapi apa jadi kalau ada manusia yang kurang adab duduk sebelah kita dalam kapal terbang?
View this post on Instagram
Di zaman media sosial ni, perangai pelik manusia yang gunakan kapal terbang sebagai salah satu pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain boleh tersebar dengan cepat dan meluas. Ini lah salah satu cara yang dilakukan oleh satu akaun media sosial yang menyebarkan dan memalukan keburukan penumpang kapal terbang yang berperangai pelik. Cuba bayangkan korang berhadapan dengan penumpang macam kat bawah ni.
View this post on Instagram
Aduh. Boleh murung sepanjang perjalanan. Ada gak yang jenis yang tidur dalam kapal terbang macam kat rumah sendiri.
View this post on Instagram
Pemilik akaun Instagram @passengershaming, Shawn Kathleen merupakan bekas pramugari yang pernah menjadi saksi kepada banyak kejadian dan perangai pelik penumpang di dalam kapal terbang.

Image Via : insider.com
Shawn Kathleen pernah gak dapat macam-macam makian dan ugutan selepas terciptanya akaun media sosial @passengershaming. Tapi setakat ni, takde lagi ugutan dan makian daripada orang ramai yang boleh menghalang Shawn Kathleen untuk terus mendedahkan perangai buruk penumpang kapal terbang.
Bukan je gambar, tapi video pun ada dimuat naik kat Instagram @passengershaming mengenai kerenah penumpang kapal terbang. Selamba betul guna kaki.
View this post on Instagram
Bukan la benda buruk je yang ditunjukkan kat Instagram @passengershaming ni. Baru-baru ni, Shawn Kathleen ada gak muat naik mengenai seorang lelaki yang menemani seorang kanak-kanak autisme yang travel secara bersendirian menggunakan kapal terbang.
Walaupun secara luaran, kita akan nampak Instagram @passengershaming ni cuba untuk memalukan orang, tapi sebenarnya kalau kita tengok daripada pandangan positif, ini salah satu cara untuk bagi kesedaran kepada penumpang kapal terbang mengenai apa yang patut dan tak patut dilakukan semasa berada di dalam kapal terbang. Walaupun penumpang tersebut bayar tiket penerbangan menggunakan duit sendiri, tak semestinya boleh buat benda sesuka hati dalam kapal terbang sampai boleh menyakitkan hati penumpang lain.
KATALAKI: Setakat ni kat dalam posting @passengershaming takde lagi menampakkan penumpang kapal terbang yang berasal atau berada di Malaysia. Kalau ada memang malu satu dunia weh.