IPHONE: Ori VS Fake – Check Sebelum Tertipu

Gadget, Tech

Di Malaysia ini siapa saja yang tak suka shopping. Masa membeli belah tu ramai juga yang terbeli barang-barang tiruan. Ada yang saja beli barang tiruan sebab lebih murah tapi ada juga yang memang tak tahu barang itu fake.

So untuk membantu bro-bro dekat luar sana, hari ini aku akan share kan 4 tips untuk tahu barang yang korang nak beli itu fake ataupun original. Aku akan fokuskan on iPhone product sebab ramai sangat orang kena tipu beli iPhone fake dekat social media sekarang.

OFFICIAL STORE / RETAILER

Cara paling senang untuk korang elak dari terbeli barang fake adalah dengan beli terus dari official store atau pun official retailer.

Sekarang ini dekat Malaysia banyak dah official store iPhone yang dah bukak. So takkan timbul masalah susah nak beli dari Official Store or Retailer rasmi iPhone.

Lagi satu bila korang beli dari Official Store ni, korang akan dapat warranty so kalau apa-apa jadi dekat iPhone korang, senang korang nak refer balik dengan kedai.

CHECK FIZIKAL PHONE

 

Katakanlah korang tak nak beli dekat Official Store, maybe korang nak beli second hand dekat kawan korang or dekat group jualan online, make sure korang check betul-betul fizikal iPhone tersebut.

Make sure korang tahu dekat mana kedudukan logo dia, kamera hadapan dan kedudukan speaker dia. Korang jugak kena check berapa terang screen dia dan berat iphone itu sendiri.

Untuk lebih banyak info, Make sure korang check dulu dekat Manufacturer’s website so korang boleh tahu apakah material yang digunakan. Contohnya korang tengok dekat website kata metal case tapi bila korang check phone yang korang nak beli tu guna plastic case, dekat situ je korang dah boleh tahu phone itu fake.

USER INTERFACE

 

Kebanyakan iPhone fake ini menggunakan android sebagai operating system dia tapi dia sorok dengan mengunakan UI skin yang seakan-akan macam iPhone. So make sure korang check betul-betul.

Salah satu cara ialah bila korang tekan icon App Store, dia akan pergi ke pada aplikasi Play Store. So dekat situ korang dah tahu iPhone yang korang nak beli itu adalah fake. Make sure korang klik semua icon satu persatu dan tengok aplikasi apa yang akan dibuka.

KUALITI KAMERA

Salah satu cara lagi yang senang nak detect sama ada iPhone yang korang nak beli itu fake ataupun ori adalah dengan check kualiti kamera dia.

korang kena try snap beberapa gambar dan lihat kualiti gambar yang dihasilkan. Kalau teruk sangat kualiti dia, Korang cancel jelah dari beli phone tu.

So itu saja tips yang kitorang dapat kongsikan hari ini. Pastikan korang paham dan tahu apa benda yang korang nak beli. Jangan sebab sekadar nak bergaya, korang rugi sebab beli barang fake.

Zaman sekarang ni memang banyak kes jenayah daripada bermacam-macam segi lah. Nak kupas lagi isu kes jenayah macam penipuan dan sebagainya, korang boleh layan kat Aiskacang.com.my, KLIK SINI

KATALAKI: Bro yang sejati takkan pakai barang fake ni. Biar pakai jenama tak terkenal janji barang itu ori. Ingat tu!

Last modified: 10 December 2018