iPhone SE 2020 – Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Gadget Bro, Sembang, ZAP, ZeKool

Kepada yang dah lama menanti berita mengenai peranti telefon pintar daripada jenama Apple tentu gembira melihat pelancaran rasmi iPhone SE tahun 2020. Model terbaru ini merupakan sambungan legasi dari iPhone SE yang pernah dilancarkan pada tahun 2016 dan dihentikan pembuatannya pada tahun 2018. Kalau iPhone SE dulu menggunakan design seperti iPhone 5, untuk iPhone SE generasi kedua ini ia mengenakan reka bentuk seperti iPhone 8 dan dijana cip pemproses Apple A13 Bionic. Cip ini digunakan pada model iPhone 11 tahun lalu dan dinyatakan sebagai cip pemproses terpantas dalam peranti telefon pintar masa kini.

APA YANG BARU DAN LAIN?

Bagi bukan peminat iPhone mungkin ada yang cakap keluaran terbaru daripada Apple ni tak ada apa-apa yang baru. Tetapi bagi peminat telefon pintar iPhone, mungkin pembaharuan yang dilakukan oleh Apple terhadap model SE ini akan membuatkan korang rasa nak upgrade iPhone korang. Jadi dalam model iPhone SE ni selain cip pemproses yang sama macam iPhone 11, ia turut dilengkapi dengan skrin 4,7” LCD HD Retina Display. Selain itu, iPhone SE generasi 2 ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan (Product) RED, serta pilihan storan dari 64GB sehingga 256GB.

 

View this post on Instagram

 

A First Look at iPhone SE Portrait mode images, using Portrait Lighting effects. An effect for every mood. #ShotoniPhone by Jason N. @jason_nocito_studio with #iPhoneSE Music: “Closer To You” by @amoamomusic

A post shared by apple (@apple) on

Fungsi kamera pula dilengkapi dengan 12-Megapixel f1/1.8 di bahagian kamera utama dan 7-Megapixel f/2.2 untuk kamera hadapan. Jangka hayat bateri pula dilaporkan iPhone SE 2 mampu bertahan selama 13 jam ketika menonton video, lapan jam ketika streaming video dan 40 jam untuk korang pasang lagu. iPhone SE bagi model ini juga mampu untuk mengecas bateri dengan pantas, iaitu sebanyak 50 peratus dalam masa 30 minit dengan menggunakan pengecas pantas 18W atau lebih tinggi. Tapi sayangnya pengecas pantas ni kena beli secara asing. Kalau korang ada bajet lebih boleh beli wireless charger sebab iPhone SE ni menyokong mod cas tanpa wayar juga.

iPhone SE tahun 2020 juga mengekalkan penggunaan Home Button dengan pengimbas cap jari Touch ID. Jadi mudah untuk korang unlock phone kalau sentiasa kena pakai face mask. Selain itu, skrin iPhone SE ini mempunyai sokongan Haptic Feeback, kalis air IP67 serta boleh memaparkan kandungan HDR10. Tambahan lagi, panel belakang iPhone SE ini diperbuat daripada kaca sepenuhnya. Jadi korang mungkin kena melabur sikit duit untuk beli casing phone yang tahan lasak.

Mesti korang harapkan ada audio jack pada model terbaru ni, tapi malangnya Apple tetap dengan pendirian mereka untuk tidak meneruskan penggunaan audio jack pada model iPhone terbaru. Bila tengok balik specifications iPhone SE generasi kedua ni, tak ada benda baru pun yang diperkenalkan. Sebenarnya ia merupakan upgrade dari model SE terdahulu. Kiranya tak boleh expect iPhone SE tahun 2020 ni lebih canggih dari iPhone 11. Jadi sebenarnya market iPhone tahun 2020 ni untuk siapa?

SIAPA YANG SESUAI BELI?

Dengan harga permulaan RM1,999, iPhone SE generasi kedua ini boleh dikatakan agak murah dengan spesifikasinya yang tinggi. Mereka yang sesuai untuk membeli iPhone SE ini adalah bagi mereka yang sedang memakai iPhone 7 Plus dan ke bawah. Kalau korang masih gunakan iPhone X, lebih baik tangguhkan dahulu niat tu dan tunggu keluaran iPhone seterusnya.

Tarikh jualan bagi iPhone SE ni adalah pada 25 April 2020 di Amerika Syarikat. Bagi jualan di Malaysia masih belum ada tarikhnya. Tapi kepada yang berminat boleh lah siap-siapkan dulu poket korang. Kalau tengok trend jualan iPhone, Malaysia sebenarnya mencatatkan antara negara yang mempunyai jualan tertinggi. Dengan kehadiran iPhone SE generasi kedua yang menawarkan harga permulaan yang rendah, tak mustahil model ni akan laku di pasaran.

KATALAKI: Apa-apa pun jangan sampai tak makan semata-mata nak nampak trendy.

Last modified: 16 April 2020