IT Chapter 2 – Lebih Ganas Tapi…

Sembang

IT Chapter 2 merupakan sequel bagi movie pertamanya yang dikeluarkan pada tahun 2017. Dalam siri kedua ini, The Loser Club telah kembali ke bandar Derry bagi menyelesaikan misi mereka untuk membunuh Pennywise. Perlu diingatkan yang mereka sudah 27 tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.

Walaupun dorang semua telah meninggalkan bandar Derry apabila mereka meningkat dewasa, hanya Mike seorang saja yang masih tinggal di tempat itu dan dia telah mendapati beberapa orang di Derry telah dilaporkan hilang dan beberapa anggota badan manusia telah ditemui. Ini menandakan Pennywise telah muncul kembali di Derry.

Kalau korang ingat pada ending IT yang pertama, mereka semua telah berjanji untuk datang kembali ke Derry bagi menghapuskan Pennywise dan disebabkan Mike merasakan Pennywise telah kembali, dia mengambil keputusan untuk memanggil semua ahli The Loser Club untuk kembali ke Derry dan berlawan dengan Pennywise habis-habisan!

Bagi aku dalam IT Chapter 2 ini, Bill Skarsgard yang melakonkan watak Pennywise telah membuktikan sekali lagi bahawa watak tersebut sememangnya watak yang telah dicipta untuk dirinya. Kalau korang rasa Pennywise dalam IT yang pertama dah seram, korang tunggu bila korang tengok IT Chapter 2 nanti hahaha!

Pennywise dalam IT Chapter 2 ini bukan sahaja lebih seram tapi aku boleh katakan lebih lawak berbanding dengan wataknya yang sama dalam IT pertama. Korang pun tahu yang Pennywise sangat suka mengacau dan menakut-nakutkan mangsanya terlebih dahulu sebelum dia membunuh dorang so dalam IT Chapter 2, Pennywise dilihat lebih banyak trick untuk menakut-nakutkan ahli dalam The Loser Club.

Bagi ahli-ahli The Loser Club pula, satu pujian harus aku berikan kepada dorang semua sebab watak yang dorang bawa sememangnya sama dengan watak dorang yang masih kanak-kanak dalam IT pertama. Yang paling aku suka adalah watak yang dibawa oleh Bill Hader. Bagi korang yang tak tahu, Bill Hader sememangnya seorang pelawak dan dengan watak dia sebagai Richie sememangnya sangat-sangat bagus.

Boleh dikatakan disebabkan Bill Hader, movie IT Chapter 2 ini jadi sangat menarik sebab dalam korang tengah takut, tiba-tiba Bill Hader muncul dan keluarkan jenaka dia. Movie ini juga boleh dipuji kerana setiap watak yang ada dalam movie ini telah diberikan screen time mereka sendiri dan closure yang diperlukan oleh penonton.

Dengan screen time yang mencukupi, korang dapat tahu apa sebenarnya yang telah dilalui oleh setiap ahli The Loser Club semasa dorang masih kecil dan sehinggalah dorang dewasa. Terdapat beberapa rahsia yang setiap watak ini simpan dan tidak tunjukan dalam IT yang pertama.

Tapi movie ini tetap ada flaws dia sendiri. Contohnya untuk sebuah movie yang mengfokuskan kepada kebangkitan semula Pennywise, watak dia boleh dikatakan sangat sedikit ditunjukkan. Ini membuatkan aku flashback kembali kepada movie Suicide Squad yang mana masa trailer kita dapat lihat banyak scenescene Jared Leto sebagai Joker tapi apabila Suicide Squad keluar, aku rasa kecewa gila dengan screen time yang diberikan untuk watak tersebut.

Ini tidak membuatkan filem ini terasa kurang seram kerana masih terdapat beberapa jumpscare yang dilakukan oleh makhluk-makhluk yang dihasilkan oleh Pennywise muncul untuk menakut-nakutkan ahli The Loser Club. Cuma watak Pennywise itu sendiri boleh dikatakan sangat kurang muncul dalam filem ini.

Satu lagi apa yang aku rasa untuk movie ini, IT yang pertama lebih bagus kalau nak dibandingkan storyline dia dengan IT Chapter 2. Sebab dalam IT yang pertama aku rasa cukup puas bila selesai tengok movie tersebut berbanding dengan IT Chapter 2. Tapi kalau nak dibandingkan dengan element seram dan gore, IT Chapter 2 bagi aku lebih bagus. Untuk movie IT Chapter 2 ini, aku bagi 6 bintang daripada 10!

KATALAKI: Ade satu cameo istimewa dalam IT Chapter 2 ini. Kalau nak tahu siapa korang kenalah pergi tengok dekat wayang cepat!

Last modified: 5 September 2019