Jack Black Jadi Youtuber?

Sembang

Dengan kebangkitan alternative media seperti Youtube, ramai artis-artis dari mainstream media yang cuba untuk menjadi seorang content creator di Youtube. Benda-benda macam ni membuktikan yang lebih ramai yang lebih suka melihat video-video di Youtube daripada membuka TV.

Baru-baru ini seorang artis lagenda, Jack Black turut mengikuti jejak langkah artis-artis mainstream media lain dan membuka Youtube channel dia sendiri.

Youtube channel yang diberi nama Jablinski Games mula dilancarkan pada 21 December yang lepas dan dia telah meng-upload video pertama beliau dengan tajuk Hello, Jack Black Here. Dalam video berdurasi 28 saat ini, Jack Black memberitahu yang Youtube channel dia akan lebih banyak subscriber daripada Ninja dan jugak Pewdiepie.

Walaupun tidak sampai sebulan pun video ini di upload di Youtube channel dia, video tersebut telah pun mencecah 8 juta views dengan 623 ribu likes! Di bahagian komen video ini, Jack Black memberitahu yang tiada production team dibelakang tabir Youtube channel beliau. Dia menyatakan yang Youtube channel ni di handle oleh anak dia sendiri.

Beberapa hari selepas video pertamanya, Jack Black telah meng-upload satu lagi video dengan tajuk 1 Mil yang mana dia mengucapkan terima kasih kepada 1 juta subscriber yang telah subscribed channel beliau pada masa itu. Setakat hari ini, Channel Jablinski Games telah pun mencecah 2.7 juta subscriber.

Dan pada hari ini, Jack Black telah meng-upload satu lagi video baru. Video yang bertajuk A House with a Pin in it’s Balls melihatkan Jack Black bersama anaknya Sam pergi ke Pinball Hall of Fame di Las Vegas.

Walaupun ianya lebih kepada Vlog dan bukan kepada gaming video, tapi still boleh diterimalah sebab dia pergi melihat mesin-mesin pinball classic. Video ini telah mencatat 2.5 juta views setakat yang aku tengok tadilah dan 448 ribu likes!

Kalau nak bercerita pasal artis mainstream yang mula melompat ke Youtube ni bukanlah Jack Black sorang saje. Sebelum Jack Black, Will Smith turut buat Youtube channel dia sendiri dan dia jugak ada dalam video Youtube Rewind 2018, alah video yang paling banyak dislike tu hahaha!

Will Smith punya Youtube Channel setakat ini mempunyai 4.4 juta subscriber dan dia punya Youtube channel lebih kepada family vlog dan bukannya gaming channel seperti Jablinski Games.

The Rock jugak mempunyai Youtube channel-nya sendiri. Boleh dikatakan The Rock merupakan artis terkenal yang pertamalah yang melompat ke Youtube dan buat Youtube Channel dia sendiri. Dia juga ada dalam Youtube Rewind 2016. Mungkinkah Jack Black akan ada dalam Youtube Rewind 2019 pulak lepas ni? Sama-sama lah kita tunggu.

Korang rasa lepas ni artis terkenal mana pulak yang akan buat Youtube Channel dia sendiri? Aku harap Chris Pratt si Star Lord pulak lepas ni pulak buat Youtube Channel dia.

KATALAKI: Aku harap lepas ni Jack Black akan upload lagi banyak video gaming lah

Last modified: 10 January 2019