Jacket Emoji Khas Untuk Penunggang Basikal

Sembang

Mengikut statistik yang dikongsikan oleh syarikat pengeluar kereta terkenal, Ford; setiap tahun terdapat sebanyak 2,000 penunggang basikal terbunuh di jalan raya Eropah. Kerana terdapat beberapa golongan yang memilih untuk mengunakan basikal sebagai mode of transportation. Pengunaan basikal ini amat mudah, sihat dan membantu dari segi mengurangkan kesesakkan lalu lintas dan sebagainya namun penunggang basikal juga berkongsi jalan dan laluan lintas yang sama dengan pemandu kereta yang lain, dimana perkara ini juga membuatkan penunggang basikal terdedah dengan situasi yang membahayakan buat penunggang basikal dan pemandu kereta.

Apabila di jalan raya, komunikasi yang antara pemandu dan rider basikal adalah amat terhad dan ini membuatkan kedua-duanya lebih mudah untuk mengalami kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan di jalan raya

Dengan menjalankan sebuah kempen yang bernama “Share The Road”, syarikat kereta terkemuka Ford menciptakan sebuah prototype jacket keselamatan khas yang mungkin boleh membantu membuat menaiki basikal di jalan raya lebih selamat. Jacket keselamatan yang dikatakan “one-of-a-kind creation” direka untuk menunjukkan bagaimana ketegangan dijalan raya antara penunggang basikal dan pemandu kereta dapat dikurangkan dengan membolehkan penunggang lebih mudah dan lebih jelas menunjukkan pemandu apa maksud dan perasaan mereka dengan jacket tersebut memberikan petunjuk serta bahasa dan tanda isyarat kepada pemandu kereta.

Sejak diciptakan lebih dari 20 tahun, Emoji telah digambarkan sebagai bahasa pertama yang lahir dari dunia Digital. Menurut laman web Emoji Trend Report, kebanyakan orang lebih selesa untuk meluahkan perasaan mereka melalui Emoji daripada bercakap dalam panggilan telefon.

Sehubungan dengan laporan itu, jacket keselamatan hasil ciptaan Ford ini menampilkan panel LED yang memaparkan tanda Emoji yang besar di bahagian belakang tubuh penunggang basikal serta penunjuk dan isyarat bahaya untuk menunjukkan pergerakan penunggang dan kemungkinan bahaya di hadapan. Panel LED tersebut akan dilinkedkan kepada sebuah remote khas yang dipasang pada hendal basikal untuk penungang basikal memberikan tanda isyarat yang akan dipaparkan pada LED panel.

“Kita sekarang hidup – dan memandu – di dunia di mana komunikasi sangat penting. Tetapi terlalu kerap antara pemandu dan penunggang basikal ini hanya datang kepada bunyi atau sikap kasar. Penunggang basikal biasanya perlu mengunakan tangan untuk memberikan isyarat untuk berkomunikasi antara penunggang dan pemandu kereta.” kata Emmanuel Lubrani, Senior Manager, Brand Communications, Ford.

Jacket keselamatan yang kelihatan amat canggih dan bergaya ini menampilkan tiga jenis paparan Emoji; happy face, angry face dan neutral face. Ia juga menunjukkan anak panah kiri dan kanan yang boleh digunakan untuk menunjukkan arah mana basikal itu beralih. Terdapat juga simbol bahaya yang boleh di paparkan untuk memberitahu pemandu kereta yang berada di belakang penunggang basikal.

Walau bagaimanapun jacket keselamatan yang one of a kind ini sebenarnya tidak boleh dibeli kerana ianya hanyalah rekaan proof-of-concept untuk memberikan kesedaran kepada penunggang basikal dan pemandu kereta bagaimana komunikasi di atas jalan raya amat penting untuk kita semua mengelakkan daripada kemalanggan jalan raya. Sebelum ini pada tahun 2018, Ford pernah mengeluarkan sebuah video tentang smart jacket ciptaan mereka yang dikatakan boleh membantu penunggang basikal memberikan isyarat dan tanda arah kepada pemandu kereta, namun tiada info tentang penjualan dan pengeluarkan smart jacket tersebut.

Apa-apa pun Ford antara syarikat pengeluar kereta yang mempunyai niat dan usaha yang murni untuk membantu penguna jalan raya yang lain selain daripada pemandu kereta serta membantu bagi mengurangkan kemalangan di jalan raya.

KATALAKI: Tau tau ada smart jacket pulak…

Last modified: 14 February 2020