Jadual Baru UEFA Champions League Selepas Lockdown Dah Confirmed!

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Selepas saingan Premier League di England kembali bersambung, sekarang ni perhatian yang seterusnya tertumpu kepada perlawanan UEFA Champions League musim 2019/20 yang juga lama tertangguh disebabkan pandemik COVID-19. Buat masa ni, UEFA Champions League 2019/20 tertangguh di peringkat Round of 16, hanya melibatkan 12 pasukan yang terdiri daripada Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Atlético Madrid, Barcelona, Bayern Munich, RB Leipzig, Atalanta, Juventus, Napoli, dan Paris Saint-Germain untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.

Mungkin ada antara kita yang dah lupa, Paris Saint-Germain, Atlético Madrid, RB Leipzig dan Atalanta dah pun layak ke peringkat suku akhir UEFA Champions League 2019/20 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat Round of 16 sebelum semua perlawanan ditangguhkan.

Yang terbaru, diumumkan sendiri oleh UEFA, perlawanan UEFA Champions League untuk musim 2019/20 secara rasmi akan kembali bersambung pada 7 Ogos 2020 dan tamat pada 23 Ogos 2020, tarikh perlawanan akhir yang akan berlangsung di Lisbon, Portugal. UEFA Champions League juga menggunakan peraturan baru yang dah pun diamalkan oleh liga bola sepak Eropah yang lain selepas selesai mengharungi tempoh lockdown berbulan-bulan dan kembali beraksi di atas padang iaitu setiap pasukan dibenarkan untuk memasukkan 5 orang pemain simpanan dalam setiap perlawanan UEFA Champions League sehingga perlawanan akhir. Peraturan pemain simpanan akan kembali seperti biasa iaitu hanya 3 orang pemain simpanan yang boleh digunakan oleh setiap pasukan untuk setiap perlawanan bermula musim terbaru UEFA Champions League 2020/21 nanti.

Selain daripada tu, untuk menyelesaikan saingan UEFA Champions League musim 2019/20 secepat yang boleh, UEFA juga menetapkan semua perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung secara straight knockout. Maknanya, takde perlawanan home dan away, peraturan gol agregat juga tidak akan digunakan. Baki perlawanan UEFA Champions League musim 2019/20 juga hanya akan diadakan di stadium yang dimiliki oleh kelab Benfica dan Sporting CP yang terletak di Portugal.

Selepas mengumumkan berita mengenai penyambungan saingan UEFA Champions League musim 2019/20, UEFA juga mendedahkan tentang jadual baru untuk musim 2020/21 nanti yang terpaksa dilewatkan, berpunca daripada penangguhan saingan musim 2019/20. Musim terbaru UEFA Champions League 2020/21 dijadualkan bermula pada 8 Ogos 2020 untuk peringkat kelayakan dan saingan peringkat kumpulan akan bermula pada 20 Oktober 2020.

KATALAKI: Walaupun jadual perlawanan nampak tergesa-gesa, tapi kita sebagai penonton la yang paling untung sebab boleh tengok bola tanpa henti selepas semua perlawanan bola sepak Eropah dah kembali bersambung.

Last modified: 19 June 2020