Selepas tamat saingan Liga Super 2019 dan Piala FA 2019, kejohanan bola sepak seterusnya yang akan menjadi tumpuan di Malaysia ialah Piala Malaysia 2019. Pada 23 Julai 2019, Majlis Undian Piala Malaysia 2019 dah pun berlangsung bagi menentukan kumpulan untuk setiap pasukan.
KEPUTUSAN MAJLIS UNDIAN PIALA MALAYSIA 2019#PialaMalaysia2019 pic.twitter.com/kFwEnqYSo4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 23, 2019
Perjalanan Piala Malaysia 2019
📷 | Sekitar Majlis Undian Challenge Cup & Piala Malaysia 2019 yang telah diadakan di DPAC, Damansara Perdana sebentar tadi.
PFA Malaysia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, @izham17#PFAMalaysia #PFAM #ChallengeCup2019 #PialaMalaysia2019 pic.twitter.com/EldhzpKdc3
— PFA Malaysia (@pfamalaysia) July 23, 2019
Setiap pasukan akan bermain sebanyak 6 perlawanan dalam setiap kumpulan melibatkan perlawanan home dan away. Pasukan yang berjaya menjadi juara dan naib juara dalam setiap kumpulan, akan layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat suku akhir, juga akan melibatkan perlawanan home dan away.
Jadual Perlawanan
Setakat hari ni, 29 Julai 2019, Malaysian Football League (MFL) hanya mengeluarkan jadual untuk 3 perlawanan sahaja. Baki 3 lagi perlawanan peringkat kumpulan akan diberitahu oleh MFL dalam masa terdekat. Ini jadual perlawanan Piala Malaysia 2019 peringkat kumpulan untuk perlawanan pertama hingga perlawanan ketiga.

Image Via : malaysianfootballleague.com
Piala Malaysia 2018
Perak merupakan juara bertahan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Terengganu pada tahun 2018 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan jaringan seri 3-3.
Tahniah Perak Juara Piala Malaysia 2018
Berita Selanjutnya di:https://t.co/kvAbvOSFrD#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Vep2KG1pI7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 27, 2018
Pasukan Paling Berjaya Dalam Piala Malaysia
Sejak ditubuhkan pada tahun 1921, Selangor merupakan pasukan paling berjaya dalam kejohanan Piala Malaysia selepas berjaya merekodkan 33 kejuaraan diikuti Singapura dengan 24 kejuaraan.
GALERI: Sekitar Jelajah #RedGiants Piala Malaysia di Selayang, semalam. Terima kasih Merah Kuning! pic.twitter.com/gjMXx8xXuA
— FA Selangor (@FASelangorMy) December 21, 2015
Kali terakhir Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 2015 menewaskan Kedah di perlawanan akhir. Tahun 2015 juga merupakan kali terakhir Singapura, menerusi pasukan LionsXII, menyertai kejohanan Piala Malaysia.
KATALAKI: Final Piala Malaysia 2019 dijangka akan berlangsung pada 2 November 2019.