Liga Super musim terbaru tahun 2020 akan bermula tak lama je lagi selepas jadual rasmi diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada 5 Januari 2020. Sebanyak 12 pasukan yang akan bertanding, Johor Darul Ta’zim merupakan juara bertahan selama 6 tahun berturut-turut sejak tahun 2014. Tak pernah lagi ada pasukan bola sepak Malaysia yang boleh mencipta rekod macam JDT. Mampu tak JDT kekalkan gelaran juara bertahan 7 tahun berturut-turut kali ni? Aksi panas badan pun kat Dubai, berpeluh lah dahi pasukan-pasukan Liga Super yang lain.
JOHOR DARUL TA’ZIM FC 2020 PRESEASON SCHEDULE IN DUBAI
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/K89twBS9jt
β JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 17, 2020
Dijadualkan akan bermula pada 28 Februari 2020, perlawanan pertama Liga Super akan dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2020 antara JDT selaku juara Liga Super 2019 dan Kedah selaku juara Piala FA 2019 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, stadium baru JDT untuk musim 2020.
π Tarikh-tarikh penting Liga Malaysia menjelang musim baharu 2020!#MFL pic.twitter.com/Adkao3bl0p
β Malaysian Football League (@MFL_MY) January 6, 2020
Buat masa ni, MFL hanya mengumumkan jadual rasmi untuk Liga Super 2020 sehingga minggu perlawanan yang ke-11 (LS11) dan tarikh rasmi untuk perlawanan minggu ke-6 (LS6) sehingga minggu ke-11 (LS11) akan diumumkan oleh MFL selepas selesai undian Piala FA pada 16 April 2020 nanti.
π Sempena hari lahir Gonzalo Cabrera hari ini, mari kita imbas kembali kesemua 1οΈβ£7οΈβ£ gol penyerang @officialjohor ini di Liga Malaysia 2019!
Yang mana satu kegemaran anda? π#MFL pic.twitter.com/R7J4PpGsHt
β Malaysian Football League (@MFL_MY) January 15, 2020
π« Gol terus dari sepakan sudut? Hafiz Ramdan pernah menjaringkan gol sedemikian π#LigaSuper2019 pic.twitter.com/NXIvtaX6XL
β Malaysian Football League (@MFL_MY) January 9, 2020
Seperti yang berlaku setiap tahun, jadual dan waktu perlawanan Liga Super akan diubah mengikut kesesuaian di bulan Ramadan yang dijangka akan tiba pada 24 April 2020. Setakat ni, hanya 7 perlawanan yang akan dijalankan dalam bulan Ramadan iaitu perlawanan Liga Super minggu ke-8 (LS8) sehingga minggu ke-13 (LS13) dan perlawanan peringkat suku akhir pertama Piala FA 2020.
π Penyerang berbisa @FASelangorMY, Ifedayo Omosuyi menyambut hari lahirnya yang ke-29 hari ini!
Mari kita recap kembali kesemua 1οΈβ£6οΈβ£ gol yang dijaringkan oleh Ifedayo musim lalu. π#MFL pic.twitter.com/2sCCEc2bMt
β Malaysian Football League (@MFL_MY) January 14, 2020
TEMPOH PENDAFTARAN PERTAMA LIGA MALAYSIA 2020
Tempoh pendaftaran pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2020 akan bermula dari 16 Januari hingga 15 Mac 2020.#LigaSuper2020#LigaPremier2020 pic.twitter.com/hmSRQq81Iv
β Malaysian Football League (@MFL_MY) December 20, 2019
Untuk Liga Super 2020, ada 2 pasukan yang akan menggunakan stadium baru untuk menempuh perlawanan Liga Super sebagai tuan rumah antaranya Stadium Sultan Ibrahim yang akan digunakan oleh JDT dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan digunakan oleh Terengganu FC.
The brand-new Sultan Ibrahim Stadium is among the best stadiums in Southeast Asia and the world. Each game in this stadium is a world-class experience in itself. And we welcome you this February. pic.twitter.com/7qwa1FAKyq
β JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 17, 2020
Keadaan terkini kerja-kerja naik taraf padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terenggabu – 11 Julai 2019
Looking Goodπ#SSMZA pic.twitter.com/jlLdxt20pS
β Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 11, 2019
Untuk jadual lengkap Liga Super 2020 dari minggu pertama (LS1) sehingga minggu ke-11 (LS11), korang boleh tengok kat bawah ni.

Image Via : malaysianfootballleague.com

Image Via : malaysianfootballleague.com
KATALAKI: Harap-harap ada la pasukan yang mampu bersaing dengan JDT tahun 2020 ni. Baru sedap tengok.