Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2019

Aktif, Bola

Syabas untuk 4 pasukan yang dah pun layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2019 iaitu Johor Darul Ta’zim, Kedah, Pahang dan Selangor selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir. Nampaknya ramalan kami untuk tengok JDT dan Pahang bertemu di final mungkin benar belaka.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Setakat ni, penyerang JDT, Safawi Rasid mendahului senarai penjaring terbanyak dalam saingan Piala Malaysia 2019 selepas berjaya menjaringkan 7 gol.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

2 daripada 7 gol yang berjaya dijaringkan oleh Safawi Rasid merupakan gol menerusi sepakan percuma. Ini gol sepakan percuma yang dijaringkan oleh Safawi Rasid dalam perlawanan suku akhir ke-2, JDT membelasah Terengganu dengan jaringan 4-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.

Kalau korang nak tahu, ada beberapa fakta menarik yang terjadi secara tidak sengaja melibatkan 4 pasukan yang dah layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2019 kali ni. Pahang, Selangor, Kedah dan JDT merupakan juara Piala Malaysia pada tahun 2014 (Pahang), 2015 (Selangor), 2016 (Kedah) dan 2017 (JDT). 4 pasukan ni juga merupakan 4 pasukan terbaik yang berjaya menamatkan saingan Liga Super 2019.

Selain tu, Kedah, JDT, Pahang dan Selangor juga merupakan juara kumpulan masing-masing dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Saingan Piala Malaysia 2019 akan berehat selama 3 minggu untuk membolehkan pasukan yang dah layak ke peringkat separuh akhir membuat persiapan dan persediaan untuk mengharungi perlawanan peringkat separuh akhir nanti, dalam masa yang sama, memberi laluan kepada pasukan Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Ini jadual rasmi separuh akhir pertama dan kedua Piala Malaysia 2019 yang dikongsikan oleh Malaysian Football League (MFL).

Kat bawah ni korang boleh tengok poster mengenai perlawanan separuh akhir pertama dan kedua yang dikongsikan oleh Kedah, Pahang, JDT dan Selangor. Mana satu yang paling cun?

KATALAKI: Final Piala Malaysia 2019 dijangka akan diadakan pada 2 November 2019. Kita tunggu tarikh rasmi daripada MFL nanti.

Last modified: 4 October 2019