Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2019

Aktif, Bola

Selesai perlawanan peringkat kumpulan untuk saingan Piala Malaysia 2019, 7 pasukan dah pun layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat suku akhir. 7 pasukan tersebut ialah Kedah, JDT, Pahang, Selangor, Terengganu, Perak dan Melaka United. Tapi kenapa 7 pasukan? Bukan patutnya 8 pasukan ke?

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Memang betul. 8 pasukan yang akan bersaing dalam peringkat suku akhir. Perlawanan antara PKNP dan PJ City yang sepatutnya berlangsung pada 17 September 2019 terpaksa ditunda kepada 20 September 2019 disebabkan beberapa pemain PJ City yang dijangkiti virus Influenza B.

Jadi, masa artikel ni diterbitkan, hanya 7 pasukan je yang dah layak. Lagi 1 slot kosong tu bergantung kepada keputusan perlawanan antara PKNP dan PJ City pada 20 September 2019 nanti. Buat masa ni, PKNP dan PJ City dipisahkan dengan perbezaan 2 mata.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Perlawanan suku akhir nanti akan melibatkan 2 perlawanan untuk setiap pasukan iaitu home dan away. Maknanya keputusan gol agregat di perlawanan home dan away akan menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat separuh akhir nanti. Ini jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2019 yang dikongsikan oleh Malaysian Football League.

Untuk info, Perak merupakan juara bertahan selepas berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun 2018 menewaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti selepas jaringan gol seri 3-3. Boleh lagi ke Perak sampai ke perlawanan akhir untuk tahun 2019 ni?

KATALAKI: Nampak macam JDT atau Pahang boleh tapau Piala Malaysia 2019 kali ni. 

Last modified: 25 September 2019