Jalan Cerita Andrés Iniesta Yang Korang Kena Tahu

Aktif, Bola

Daripada 5 gol yang dijaringkan oleh Vissel Kobe untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL), 2 gol berpunca daripada hantaran legenda Sepanyol dan Barcelona, Andrés Iniesta yang kini beraksi untuk pasukan yang berasal dari Jepun. Sejak mula bersama Vissel Kobe pada tahun 2018, Andrés Iniesta dah berjaya jaringkan 10 gol dan mencipta 13 bantuan gol dalam 43 perlawanan.

Bakal berusia 36 tahun pada 11 Mei 2020, Andrés Iniesta lahir daripada akademi bola sepak Barcelona yang dikenali sebagai La Masia sebelum diserap ke dalam pasukan utama Barcelona pada tahun 2002, ketika Andrés Iniesta berumur 18 tahun. Masa tu, Frank de Boer, Marc Overmars dan Patrick Kluivert masih lagi beraksi bersama Barcelona, dipimpin oleh Louis van Gaal.

 

View this post on Instagram

 

Hoy hace 17 años de ese día que tanto soñé desde la habitación de La Masia. Mi debut con el primer equipo del @fcbarcelona ❤️🔵🔴 #sueñocumplido

A post shared by Andres Iniesta (@andresiniesta8) on

Musim ketiga bersama Barcelona, Andrés Iniesta semakin kerap diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama dan berjaya menang piala La Liga yang pertama untuk Barcelona pada tahun 2005. Kesetiaan Andrés Iniesta bersama Barcelona kekal selama 16 musim dalam masa 16 tahun, berjaya menang 32 piala termasuk piala La Liga sebanyak 9 kali dan UEFA Champions League sebanyak 4 kali. Pada tahun 2018, Andrés Iniesta secara rasmi meninggalkan Barcelona ketika berumur 34 tahun untuk beraksi bersama Vissel Kobe di Jepun.

Bukan je berkhidmat sebagai nadi utama Barcelona, tapi Andrés Iniesta juga merupakan aset kepada pasukan kebangsaan Sepanyol sejak tahun 2006 sehingga 2018, berjaya membantu Sepanyol untuk menjulang piala UEFA EURO sebanyak 2 kali pada tahun 2008 dan 2012, Piala Dunia FIFA pada tahun 2010 dan pernah tercalon untuk anugerah Ballon d’Or pada tahun 2010, 2011 dan 2013.

Yang terbaru, sebuah dokumentari mengenai kisah perjalanan Andrés Iniesta sejak lahir, mula terlibat dengan bola sepak, menyertai La Masia dan seterusnya menjadi seorang legenda di Barcelona akan ditayangkan kat Rakuten TV tak lama lagi.

KATALAKI: Bila Andrés Iniesta keluar daripada Barcelona, bermula lah zaman gelap Barcelona yang kini hanya mengharapkan Lionel Messi.

Last modified: 13 February 2020