Jan Vertonghen Curang Dengan Isteri Christian Eriksen?

Aktif, Bola

Alamak. Mungkinkah ini salah satu punca Tottenham Hotspur dibelasah Bayern Munich dalam perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League 2019/20 hari tu?

Image Via : mirror.co.uk

Berita tergempar yang baru tersebar ni berpunca daripada satu tweet yang mengaitkan lebam di mata Jan Vertonghen dengan pergaduhan yang berlaku antara Christian Eriksen dan Jan Vertonghen disebabkan isteri Christian Eriksen yang kononnya curang.

Image Via : sportbible.com

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Christian Eriksen (@chriseriksen8) on

Kami cuba gak cari tweet tersebut. Malang sekali tweet tersebut dah pun dipadam. Christian Eriksen sendiri ada respons dengan tweet tersebut dan Jan Vertonghen respons dengan tweet daripada Christian Eriksen.

Dalam perlawanan menentang Bayern Munich hari tu, kedua-dua pemain tonggak Tottenham Hotspur ni terlibat. Ramai yang tak sangka kena lauk dengan jaringan 2-7. Ini kali pertama dalam sejarah Tottenham Hotspur, bolos 7 gol sebagai tuan rumah. Mungkin VAR tak menyebelahi Tottenham Hotspurs kali ni.

Musim lepas, Tottenham Hotspur berjaya layak ke peringkat akhir UEFA Champions League bertembung dengan Liverpool. Buat masa ni, Tottenham Hotspur berada di kedudukan bawah sekali dalam kumpulan B dengan berbaki 4 perlawanan.

Image Via : uefa.com

Dalam saingan Premier League, setakat 7 perlawanan, Tottenham Hotspur dah kalah dalam 2 perlawanan menentang Newcastle United dan Leicester City. Tottenham Hotspur kini berada di kedudukan ke-6, beza 10 mata dengan Liverpool yang berada di kedudukan teratas Premier League.

KATALAKI: Christian Eriksen dan Jan Vertonghen dua-dua dalam kontrak tahun terakhir dengan Tottenham Hotspur. Kita tunggu je la siapa yang chow dulu nanti.

Last modified: 4 October 2019