Jangan Takut Derma Darah – Ini Kelebihannya

Sembang, ZAP, ZeKool

Bila bercakap pasal derma darah, biasanya perkara pertama yang orang akan bayangkan adalah jarum suntikan tajam yang mencucuk ke tangan. Macam aku lah tu! Bukan nak kata takut jarum, tapi agak ngilu lah dengan jarum-jarum suntikan ni. Tapi tahu kah korang bahawa satu sesi dermaan darah mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa pesakit yang memerlukan. Sebab tu lah amalan derma darah ini dipandang sebagai satu amalan yang mulia. Pada 14 Jun yang lepas merupakan Hari Derma Darah Sedunia, dimana ia disambut untuk menggalakkan orang ramai menderma darah.

Tapi jangan lah tunggu setiap 14 Jun tiap tahun untuk derma darah. Kalau dah check diri tu layak menderma dan memang dibenarkan untuk menderma, korang pergi je ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur atau pun tabung-tabung darah hospital kerajaan yang terpilih di seluruh negara. Korang boleh semak kelayakan untuk derma darah secara percuma sahaja. 

Sebenarnya kalau korang nak tahu, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, bekalan darah negara semakin berkurangan. Jadi memang ini lah masanya untuk kita memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan dengan menderma darah kita. Tapi korang jangan risau, derma darah pun ada kelebihannya.

DAPAT MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG DAN KANSER

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah yang optimum dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Korang jangan buat-buat pelik pula ada kandungan besi dalam darah tu. Pernah tengok cerita X-Men kan masa Magneto tarik besi dalam darah orang? Tapi tu lah tak ada Magneto dalam dunia sebenar untuk optimumkan kandungan besi dalam darah. Jadi dengan menderma darah, secara tak langsung kita telah mengoptimumkan zat besi dalam darah serta mengurangkan risiko sakit jantung. 

Selain itu, kajian perubatan juga mendapati menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Risiko penyakit kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang kurang berkhasiat dan juga ketika kita terdedah kepada udara yang tercemar. Jadi dengan melakukan derma darah secara berkala, kita juga turut mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. 

SAMBIL DERMA DARAH, SAMBIL BAKAR KALORI

Yang ni paling best dan paling ramai suka. Proses derma darah juga dapat membakar kalori. Maksudnya sambil korang derma darah boleh juga turunkan berat badan sikit. Satu paket darah yang diderma (bersamaan dengan 450 mililiter) atau satu sesi derma darah mampu membakar sebanyak 650 kalori dalam badan kita.

MENINGKATKAN SEL-SEL DARAH BARU

Bila kita derma darah, maka darah-darah yang sudah dikeluarkan dari badan kita itu perlu digantikan semula oleh badan kita. Proses penggantian sel darah baru ini akan dilakukan oleh tulang sumsum kita dalam tempoh 48 sehingga 72 jam. Sel-sel darah baru ini pula akan membuatkan badan kita rasa segar dan memberi tenaga baru kepada kita. Yang ni lagi best dan efektif daripada minum energy drink

Jadi secara ringkasnya, derma darah ini bukan sahaja baik untuk membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan, tetapi ia juga baik untuk kesihatan badan kita. Kalau dah layak derma darah, amalan mulia ini patut dilakukan setiap 3 ke 4 bulan sekali. 

KATALAKI: Jom guys kita tambah bekalan darah negara dan bantu pesakit yang memerlukan.

Last modified: 25 June 2020