Jangka Hayat PS4 Sebelum Outdated Bila PS5 Dah Keluar?

Gadget, Tech, ZAP

Walaupun pada masa sekarang ni dunia kita sedang menempuhi bermacam-macam jenis krisis, dan kita semua baru saja nak bernafas dalam tahun 2020, kiranya belum sampai lagi setengah tahun tetapi apa-apa pun yang terjadi, Sony akan tetap merealisasikan perancangan mereka untuk membawakan konsol keluaran terbaharu PlayStation 5 (PS5) atau konsol yang dilabelkan sebagai “the next-generation console” kepada para peminat PlayStation.

Dan setakat ini, Sony dengan begitu semangat telah mengeluarkan bermacam-macam jenis pengumuman tentang konsol terbaharu PS5 yang sedang hangat diperkatakan ini.

Ini juga mungkin adalah salah satu cara untuk Sony memancing para peminat konsol terbaharu tersebut dan memastikan setiap gamer akan terus memenuhi impian untuk memiliki konsol terbaharu PS5.

Almaklum lah juga, kita tahu untuk tahun 2020, ada 2 konsol terbaharu yang bakal keluar bersaing diantara satu sama lain. Selain Sony yang ramai tak sabar nak tunggu netx-gen console, pesaingnya pula Microsoft bakal muncul dengan keluaran terbaharu konsol Xbox Series X.

Kedua-dua jenama gergasi industri konsol permainanan ini bakal mengeluarkan konsol masing-masing yang dijadual di release pada hujung tahun 2020.

Tapi kalini kita nak sembang sikit apa dia serba-serbi yang wajib tahu sebelum korang plan untuk beli PS5. Okay jom usha!

PS4 TAHAN HINGGA 2022?

Sejak ianya dikeluarkan untuk khalayak umum pada tahun 2013, sehingga hari ini. Konsol generasi ke lapan yang dihasilkan oleh syarikat Sony Computer Entertainment, konsol PS4 boleh dikatakan adalah antara konsol yang terbaik dan pilihan buat ramai gamers. Ianya juga adalah di tangga nombor 4 best selling console of all time selepas meneruskan kejayaan buat model yang sebelum ini, PlayStation 3.

Kejayaan PlayStation 4 ini juga benar-benar menguasai generasi pada harini dengan hasil penjualan mencapai 100 juta unit seluruh dunia. Maka, walaupun konsol model terbaharu PlayStation 5 bakal muncul pada tahun ini namun Sony tidak bercadang atau plan untuk menghentikan produksi game-game untuk pasaran model PS4. Walaupun dengan kehadiran PS5, konsol PS4 akan masih lagi disamping PS5 untuk bertahun yang akan datang.

Menurut Sony, mereka menjangkakan lifetime PS4 untuk kekal sehingga tahun 2022 atau kira-kira 2 tahun selepas pengeluaran rasmi PS5.

Sony jugak turut mengesahkan bawah konsol PS5 ini didatangkan dengan features native backward compatibility yang membolehkan konsol tersebut memainkan game-game PS4 yang sedia ada.

Namun mungkin PS5 juga akan mempunyai game yang tersendiri. Developers dan publishers game berkemungkinan besar akan mengeluarkan 2 versi game terbaharu khas untuk PS4 dan PS5. Game-game PS4 juga akan menerima upgrade dari segi graphic dan performance boost untuk dimainkan di PS5.

Kalau ikutkan usia PS4 akan mencecah 9 tahun menjelang tahun 2022. Which is secara average lifetime konsol-konsol PlayStation yang pernah ada sebelum ianya tidak lagi up to date.

Sebagai contoh, PS3 bertahan selama 11 tahun dari tahun 2006 sehingga 2017 dan PS2 bertahan selama 12 tahun, dari tahun 2000 sehingga 2012 sebelum ianya outdated. Jadi senang cerita, siapa yang ada PS4 tak rugi la sebab konsol dan game-game yang ada memang akan bertahan lama sebelum korang rasa nak beli yang baru

KELAJUAN SOLID STATE

Apa yang membuatkan PS5 ini menarik perhatian ramai peminat adalah ianya akan didatang 8K gameplay graphic support, ini bermaksud kualiti grafik yang sangat sangat luar biasa.

Tapi dari segi teknikal bukan itu saja. Selain daripada 8k graphic support, buat pertama kalinya PS5 akan turut didatangkan solid state drive. Kepada yang tak tahu, solid state drive ini merupakan hard disk drive storage yang lebih laju berbanding hard disk drive biasa yang kita pakai di desktop mahupun laptop.

Dengan adanya solid state drive, ini akan mengurangkan pengunaan masa loading time yang diperlukan untuk sesebuah game. Dalam sebuah demonstatsi yang dilakukan, pihak Sony menunjukkan bagaimana game Marvel’s Spider-Man load dengan begitu laju sekali menerusi konsol terbaharu PS5.

Perbandingan yang dilakukan sebelah-sebelah antara PS5 dan PS4 dilihat amat ketara sekali tambah-tambah pula dengan grafik PS5 yang cun gila. Menurut Sony, features solid state drive ini boleh dikatakan sebagai game changer buat syarikat barangan elektronik gergasi itu.

DUALSENSE ADA MIC

Salah satu features yang baru dalam PS5 ni juga tentulah controller terbaharu yang digelarkan sebagai “DualSense Controller” yang menggunakan haptic feedback berbanding controller PS4 sebelum ini yang hanya menggunakan vibration rumble. Dengan haptic feedback didalam DualSense ini, pembikin game boleh meletakkan lebih banyak response sensitive. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai controller DualSense ni, korang boleh usha artikel DISINI.

Update terbaharu daripada controller DualSense ini, Sony telah mendedahkan beberapa keping gambar rekabentuk DualSense, antara ciri-ciri tambahan adalah DualSense ini didatangkan dengan built-in microphones yang membolehkan pengunakan mengunakan fungsi voice chat tanpa mengenakan headset. Memberikan pemain lebih kebebasan.

KATALAKI: Kalau start saving duit dari sekarang. Hujung tahun ni boleh la angkat sebijik….

Last modified: 21 May 2020