January Transfer Window Let’s Go Bebeh!

Aktif, Bola

Dah nak masuk tahun baru 2019, maknanya jendela perpindahan pemain akan dibuka seluas-luasnya untuk liga ternama eropah pada Januari 2019 ni! Jendela perpindahan untuk pertengahan musim ni dibuka selama sebulan untuk membolehkan pasukan-pasukan beli player yang diperlukan untuk memantapkan lagi barisan pemain yang ada untuk baki lagi separuh musim. Jom kita tengok antara player yang dikatakan mungkin akan berpindah kelab pada Januari 2019 nanti.

Christian Pulisic

Pemain sayap yang menjadi rebutan banyak kelab ternama ni sekali lagi disebut-sebut bakal menyarung jersi Chelsea pada Januari nanti. Skuad Chelsea sekarang ni banyak bergantung kepada prestasi Eden Hazard semata-mata. Kalau Eden Hazard tak perform, mungkin Chelsea kalah atau menang nasib 1-0. Mungkin sebab ni Chelsea buat keputusan untuk beli player yang boleh membantu Eden Hazard untuk mencari gol dalam setiap perlawanan. Eden Hazard pun sekarang ni dah banyak kali bermain sebagai striker. Tapi Borussia Dortmund sekarang ni masih lagi bersaing dalam UEFA Champions League. Kalau Christian Pulisic pindah ke Chelsea, bye-bye UEFA Champions League.

Eden Hazard

Ura-ura pasal Eden Hazard nak pindah ke Real Madrid dah lama dah kita dengar. Tapi tak pindah-pindah gak. Eden Hazard pun selalu sangat dah pancing Real Madrid suruh beli dia dari Chelsea. Sampai ada fans Chelsea yang dah menyirap dengan Eden Hazard selalu sangat bagi hint nak pindah ke Real Madrid. Mungkin Chelsea nak beli Christian Pulisic sebab nak gantikan Eden Hazard? Rasanya mungkin penghujung musim baru Eden Hazard chow kot. Kalau chow sekarang memang mengamuk la player Chelsea yang lain dan juga fans.

Kalidou Koulibaby

Prestasi Manchester United nampaknya semakin baik selepas dapat manager sementara yang baru, Ole Gunnar Solskjaer. Tapi masalah pertahanan yang kurang mantap masih lagi dialami oleh Manchester United. Dah lama betul tak dapat clean sheet. Asyik bolos je. Januari ni mungkin Manchester United akan beli pertahanan dari Napoli yang baru-baru ni kecoh diejek di dalam padang oleh penonton berkenaan dengan isu perkauman, Kalidou Koulibaly. Kuat dan laju Kalidou Koulibaly ni kat atas padang. Mungkin pemain yang sangat sesuai untuk menguatkan lagi pertahanan Manchester United.

Aaron Ramsey

Pemain yang memang dah lama gila main untuk Arsenal, Aaron Ramsey baru-baru ni dikatakan mungkin akan berpindah ke PSG Januari ni. Kontrak Aaron Ramsey bersama Arsenal akan tamat pada penghujung musim 2018/2019 ni. Maknanya Arsenal kena jual Aaron Ramsey sebelum kontraknya tamat, kalau tak Arsenal akan rugi sebab Aaron Ramsey akan berpindah ke pasukan lain secara percuma. Aaron Ramsey pun macam dah jarang je main 1st team untuk Arsenal.

Cesc Fabregas

Rasanya memang dah jarang Cesc Fabregas diturunkan untuk bermain dekat Chelsea semenjak barisan tengah Chelsea dikuasai oleh pemain yang lebih muda dan bertenaga antaranya Jorginho, Kante, Mateo Kovacic, Ruben Loftus-Cheek dan Ross Barkley. Manchester City dikatakan antara yang berminat untuk dapatkan Cesc Fabregas Januari ni. Manchester City pun memang merana kalau Fernandinho penat atau injured. Takde pemain lain yang boleh jadi backup untuk Fernandinho sebagai Deep Lying Playmaker kat Manchester City. Mungkin ada pilihan player lain untuk Manchester City beli atau hanya Cesc Fabregas yang available buat masa ni? Sama-sama kita nantikan.

KATALAKI: Kalau diberi pilihan, player mana yang korang nak untuk main dengan team favourite korang?

Last modified: 31 December 2018