Japanese Black Widow – Bunuh Kekasih Demi Harta!

Sembang

Pada 28 November 1946, Chisako Yamamoto telah dilahirkan di Kitakyushu, Japan. Chisako telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Walaupun Chisako dikatakan sangat cerdik namun dia tidak berjaya melanjutkan pelajaran disebabkan kerana keluarganya tidak mampu dan ayahnya telah memaksa dia berkahwin untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Sebelum berkahwin dengan suami pertamanya, Chisako telah bekerja sebagai bank teller dari tahun 1965 sehingga tahun 1969 sebelum dia berkahwin dengan suami pertamanya. Suami pertamanya merupakan seorang usahawan dalam bidang fabricprinting. Daripada sini, Chisako telah mengenali satu kimia yang dipanggil sebagai Cyanide, satu bahan yang akan menjadi senjata utamanya dan menyebabkan dia digelar sebagai Japanese Black Widow.

Pada tahun 1994, suami pertama Chisako telah telah menemui ajal pada malam yang sama dia telah dibenarkan pulang daripada hospital akibat serangan jantung. Chisako cuba meneruskan perniagaan suaminya namun terpaksa redha apabila syarikatnya muflis pada tahun 2003.

Setahun kemudian, Chisako telah berkahwin semula dengan seorang pengurus syarikat pharmaceutical. Namun perkahwinan ini hanya kekal beberapa tahun sahaja sebelum suami keduanya turut meninggal dunia pada tahun 2006 akibat stroke yang ketika itu berusia 69 tahun. Pada tahun 2008, Chisako sekali lagi telah berkahwin. Kali ini dengan Toshiaki Yamamoto yang berusia 75 tahun dan mempunyai syarikat agricultural. Tiga bulan kemudian, Toshiaki turut menemui ajal akibat serangan jantung.

Pada ketika ini, pihak berkuasa mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan Chisako namun mereka tidak dapat membuat apa-apa kerana kesemua mayat suaminya telah dibakar sebelum mereka sempat melakukan apa-apa siasatan terhadap mayat mereka. Pada tahun 2007, Chisako telah bertunang dengan Toshiaki Suehiro yang merupakan seorang pegawai kerajaan. Pada satu hari ketika sedang berjalan ke tempat kerja, Toshiaki telah pengsan dan telah disambungkan dengan life support sehingga tahun 2009 apabila dia telah menemui ajal akibat cancer. Sebelum dia mayatnya dibakar, pihak berkuasa berjaya menemui kesan Cyanide dalam darah Toshiaki.

Chisako sekali lagi telah bertunang pada tahun 2011 dengan Masanori Honda yang berusia 71 tahun. Namun enam bulan kemudian, dia juga turut menemui ajal akibat serangan jantung ketika dia sedang menunggang motosikal. Pada tahun 2013, Chisako telah berkahwin dengan Isao Kakehi yang berusia 75 tahun. Tidak sampai dua bulan berkahwin, dia juga turut menemui ajal.

Kali ini pihak polis tidak melepaskan Chisako dan mengesyaki ada yang tidak kena dengannya dan perkahwinannya sebelum ini. Semasa pihak polis sedang menyiasatnya, Chisako sekali lagi cuba untuk berkenalan dengan dua orang lelaki lain namun mereka telah diberitahu oleh pihak polis untuk menjauhkan diri daripada Chisako.

Hasil siasatan polis telah mendapati Chisako telah meracun kesemua lelaki yang dia telah bertunang dan juga berkahwin dengan Cyanide. Dia telah memasuki racun tersebut ke dalam capsule dan kemudiannya diberikan kepada mangsanya. Mangsanya tidak mengesyaki apa-apa kerana bagi mereka capsule ini merupakan ubat yang mereka harus makan setiap hari demi kesihatan mereka.

Chisako juga didapati telah mendaftarkan diri di beberapa syarikat mencari jodoh. Antara lelaki yang selalu dicari oleh Chisako adalah mereka yang tidak mempunyai anak, mempunyai tempat tinggal sendiri dan yang paling penting adalah kaya. Dia juga tidak kisah jika lelaki tersebut mempunyai sebarang penyakit.

Hasil peninggalan harta semua bekas suaminya, Chisako berjaya memperolehi wang insuran berjumlah USD12 million. Pada November 2014, Chisako akhirnya telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke muka pengadilan. Hasil siatan polis, mereka mendapati Chisako mempunyai hubungan mesra antara tujuh hingga 14 orang lelaki termasuk suami pertamanya yang mati pada tahun 1994.

Semasa dalam pembicaraan, Chisako telah mengaku yang dia telah membunuh semua suami dan tunangnya. antara sebab utama dia melakukan pembunuhan ini adalah disebabkan wang dan harta. Pihak mahkamah Jepun akhirnya membuatkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Chisako pada tahun 2017.

KATALAKI: Ganas Chisako ni, dah tua-tua pun still bunuh orang!

Last modified: 29 November 2019