Korang ingat lagi tak article aku tentang wujudnya tiga orang Joker yang berbeza dalam DC? Kalau korang tak baca lagi article tersebut, korang boleh klik dekat SINI. Secara ringkasnya, DC sebenarnya mempunyai tiga orang Joker yang berbeza.

Image Via: https://www.gamespot.com
Yang pertama kita ada master criminal Joker dari zaman Golden Age yang dilakonkan oleh Jack Nicholson, kemudian kita ada prankster Joker dari zaman Silver Age yang dilakonkan oleh Cesar Romero dan akhir sekali kita ada psychopath Joker dari zaman Bronze/Modern Age yang dilakonkan oleh Heath Ledger.

Image Via: https://www.reddit.com
Jadi sekarang cuma tingga dua orang Joker sahaja iaitu Jared Leto Joker yang dikeluarkan dalam filem Suicide Squad dan juga Joaquin Phoenix Joker yang mana akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti. So sekarang ini kita nak tahu dari zaman apakah dua orang Joker terbaru ini?
JARED LETO JOKER

Image Via: https://www.looper.com
Ok kita mulakan dengan Jared Leto punya Joker. Sebelum itu kita lihat dulu watak Joker yang dimainkan oleh Jared Leto. Dalam Suicide Squad, Joker yang dilakonkan oleh Jared Leto membawa watak ketua kepada sebuah kumpulan penjenayah.

Image Via: https://metro.co.uk
Disebabkan itu dia sentiasa dikawal rapi oleh kuncu-kuncu dia bagi menghalang dia diserang oleh pihak musuh. Joker di dalam Suicide Squad juga menunjukan Joker ini adalah Joker yang berduit. Ini boleh dilihat bila ada scene Joker memandu sport car dia yang berwarna pink dan dia juga merupakan owner kelab malam.

Image Via: https://screenrant.com
Senang cerita Joker dalam Suicide Squad adalah Joker yang berduit. Korang rasa Joker Jared Leto ini mirip dengan Joker dari zaman mana? Golden Age Joker? Silver Age Joker? ataupun Modern Age Joker? Jawapan dia adalah Golden Age Joker!

Image Via: https://www.inverse.com
Kenapa kita boleh letak dia dalam satu kumpulan Golden Age Joker? Well kalau korang baca article yang aku tulis sebelum ini, Golden Age Joker yang dilakokan oleh Jack Nicholson merupakan Joker yang enjoy dalam membunuh orang yang tak bersalah. Mereka berdua juga merupakan ketua untuk kumpulan penjenayah.

Image Via: https://www.hindustantimes.com
Jadi Joker Jared Leto sangat tidak sesuai untuk satukan dengan Joker dari zaman Silver Age yang mana tidak pernah membunuh orang dan merupakan seorang prankster. Dia juga tidak sesuai kita masukkan satu group dengan Modern Age Joker kerana Joker untuk Modern Age tidak mempunyai motif dan tidak fokus kepada kekayaan malah lebih gemar bergerak sendiri. Disebabkan ini, Jared Leto Joker boleh dimasukkan sekali dengan Jack Nicholson Joker daripada zaman Golden Age!
JOAQUIN PHOENIX JOKER

Image Via: https://www.empireonline.com
Untuk Joaquin Phoenix punya watak Joker ini agak susah sikit kita nak faham sebab movie dia pun belum keluar lagi jadi apa yang aku terangkan untuk watak ini semuanya bergantung kepada trailer dan apa juga pendapat aku sendiri.

Image Via: https://www.insider.com
Bagi watak terbaru Joker ini, dia punya storyline mungkin ada berkait rapat ataupun mengambil inspirasi daripada komik Batman: The Killing Joke yang ditulis oleh penulis tekenal Alan Moore. Aku rasa dalam komik ini sahaja yang ada bercerita tentang asal usul sebenar Joker.

Image Via: https://dailysuperheroes.com
Joker di dalam komik ini pada mulanya merupakan seorang bekas engineer yang telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang stand-up comedian. Namun setiap persembahan yang dia lakukan tidak pernah mendapat sambutan. Dia juga mempunyai seorang isteri yang sedang mengandung.

Image Via: https://www.ign.com
Nak dipendekkan cerita satu hari dia telah ditawarkan duit yang lumayan dan dia kena membantu beberapa orang perompak untuk menceroboh masuk kilang tempat dia pernah bekerja. Sebelum pergi menceroboh, dia telah mendapat satu berita buruk daripada pihak polis yang mana isterinya yang sedang sarat mengandung telah mati disebabkan kemalangan yang berlaku di rumah mereka.

Image Via: https://www.syfy.com
Dia cuba untuk menarik diri daripada membantu penjenayah tadi untuk menceroboh kilang tersebut namun penjenayah tersebut telah memujuk untuk dia untuk meneruskan. Semasa di dalam kilang sekali lagi nasib malang telah menimpa dia apabila dia telah terjatuh ke dalam tong acid dan disebabkan itu kulit dia telah putih dan rambut dia bertukar hijau.

Image Via: https://www.bleedingcool.com
Tertekan dengan malang yang telah menimpa diri dia dan juga keluarganya, dia telah menjadi gila dan lahirlah The Joker. Watak yang bakal dibawa oleh Joaquin Phoenix ini juga lebih kurang seakan-akan sama dengan jalan cerita Batman: The Killing Joke.

Image Via: https://www.vanityfair.com
Sebagai contoh, kedua-dua watak ini cuba menjadi seorang penghibur namun gagal. Dua-dua mereka mempunyai wanita yang dorang cukup sayangi dalam kehidupan dorang sebelum dorang bertukar menjadi Joker iaitu isteri yang sedang sarat mengandung dan ibu yang sedang sakit.

Image Via: https://www.empireonline.com
Aku juga dapat rasa seperti watak Joker Joaquin Phoenix juga mungkin tertekan dengan nasib malang dia terima dan mungkin Ibu dia mati dalam filem ini dan itu sudah cukup untuk membuatkan dia berubah menjadi The Joker. So kita nak letakkan Joker Joaquin Phoenix ini dalam era yang mana?

Image Via: https://www.cnet.com
Bagi aku, watak Joker ini sesuai kalau diletakkan dalam era Joker Modern Age. Seperti Joker Modern Age yang dilakonkan oleh Heath Ledger, Joker Joaquin Phoenix juga boleh dikatakan sebagai seorang psychopath.

Image Via: https://channel933.iheart.com
Tapi ini semua hanyalah pendapat aku sahaja. Betul atau tidak kita tunggu bulan Oktober nanti bila Joker ditayangkan. Aku berharap sangat filem Joker ini tidak flop sebab ini merupakan movie yang pertama yang akan menceritakan origin sebenar Joker!
KATALAKI: ARGH TAK SABAR NAK TENGOK JOKER!