JDT & EURO 2020 Secara Rasmi Akan Muncul Dalam PES 2020

Game, Tech

PES 2020 yang kini dikenali sebagai eFootball PES 2020 akan mula dipasarkan seluruh dunia pada 10 September 2019, lebih awal daripada FIFA 20 yang dijangka akan dipasarkan pada 27 September 2019.

Untuk PES 2020 ni nampaknya Konami semakin berani untuk menajamkan dan memperkuatkan lagi jenama PES dan bersaing dengan FIFA selepas banyak pasukan dan liga ternama dah pun menjadi official partner untuk PES 2020.

Antara pasukan ternama yang dah confirmed jadi official partner untuk PES 2020 kali ni ialah Barcelona, Manchester United, Bayern Munich, Juventus dan Arsenal.

Yang terbaru, pasukan yang bersaing dalam AFC Champions League 2019 juga dimasukkan secara rasmi dalam PES 2020. Buat pertama kali dalam sejarah, pasukan dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim akan muncul dalam permainan video PES 2020.

Image Via : konami.com

Sekarang ni AFC Champions League 2019 dah pun sampai ke peringkat suku akhir. JDT tak berjaya lepas peringkat kumpulan untuk layak ke peringkat Round of 16 selepas hanya berjaya menang 1 perlawanan daripada 6 perlawanan dan mengumpul 1 mata.

Selain daripada pasukan AFC Champions League 2019, kejohanan EURO 2020 yang bakal berlangsung pada 12 Jun 2020 nanti juga akan disertakan secara rasmi dalam PES 2020.

Konami juga baru je umumkan yang semua pasukan yang bersaing dalam Thai League secara rasmi akan terlibat dalam PES 2020.

Demo untuk PES 2020 dah boleh main dah bermula 30 Julai 2019 hari tu. Boleh la korang try dulu main PES 2020 secara percuma dan rasakan kelainan yang ditampilkan dalam PES 2020 kali ni.

KATALAKI: Ramai peminat permainan video mencadangkan Konami untuk utamakan pasukan atau liga di Asia sebagai official partner untuk bersaing sengit dengan FIFA. Korang setuju?

Last modified: 22 August 2019