Jenayah Pertama Yang Dilakukan Di Angkasa Lepas!

Sembang

Bila baca tajuk mesti korang macam pelik and tertanya-tanya, macam mana orang boleh lakukan jenayah dekat angkasa lepas dan adakah hukuman orang yang lakukan jenayah dekat angkasa lepas sama dengan orang yang lakukan jenayah dekat bumi?

Untuk pengetahuan korang, jenayah angkasa lepas yang pertama baru sahaja terjadi pada tahun lepas dan korang mesti nak tahu jenayah apa yang telah berlaku betul tak? Jenayah angkasa lepas yang pertama ini telah dilakukan oleh Anne McClain. Anne merupakan seorang angkasawan dan bekas US Air Force combat pilot dengan rekod 800 jam penerbangan.

Baru-baru ini dia telah mengikuti satu misi ke International Space Station (ISS) selama enam bulan dan semasa sedang berada di International Space Station, dia telah melakukan jenayah angkasa lepas yang pertama. Semasa melakukan misi ini, Anne dan pasangannya dalam proses penceraian.

Bagi memudahkan dia melihat pembelanjaan pasangannya secara senyap-senyap, dia telah menggunakan internet dari International Space Station untuk log-in ke dalam akaun bank pasangannya.

Tujuan Anne log-in ke akaun bank pasangannya adalah untuk mengumpul bukti untuk kes penceraian mereka. Namun Anne tidak bernasib baik apabila pasangannya dapat tahu yang dia telah log-in secara senyap-senyap ke akaun banknya dan dia telah menfailkan satu saman ke atas Anne.

Pasangan Anne telah menyatakan dalam samannya yang Anne telah mencuri masuk dan mengambil data kewangannya secara senyap-senyap dan juga telah mencuri identitinya bagi memudahkan dia memasuki dan mendapatkan maklumat-maklumat rahsia ini tadi. Setakat hari ini, kes ini masih lagi dalam pembicaraan.

Walaupun kes jenayah ini tidak sehebat kes-kes jenayah seperti kita lihat dalam movie, namun kes memasuki ke dalam akaun bank seseorang tanpa izin merupakan satu kes yang berat dan boleh diklafisikasikan sebagai kes pencurian identiti. Untuk pengetahuan korang, setiap jenayah yang dilakukan di bumi mempunyai hukuman yang berbeza-beza mengikut negara dan di Amerika Syarikat, hukuman berbeza mengikut daerah.

Jadi yang menjadi masalah sekarang dengan kes Anne McClain adalah dia patut dibicarakan mengikut hukuman daerah mana memandangkan dia melakukan jenayah di angkasa. Pihak NASA sendiri turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kes Anne McClain ini.

Disebabkan oleh kes ini juga, ramai yang mula berfikir apa jenis hukuman dan undang-undang akan dibuat apabila manusia sudah mula tinggal di planet lain. Seperti yang korang tahu, Elon Musk sendiri sekarang tengah bekerja keras membina kapal angkasa yang boleh membawa manusia ke planet lain dan mendirikan penempatan mereka di planet lain selain dari bumi.

Adakah mereka yang berpindah di planet lain harus mengikuti undang-undang tempat kelahiran mereka ataupun mereka harus mengikuti undang-undang baru yang telah dikuatkuasakan di planet-planet yang mereka bakal tinggal nanti? Semua itu mungkin akan terjawab dalam masa beberapa tahun sahaja lagi!

KATALAKI: Korang rasa manusia akan dapat hidup di planet lain ke?

Last modified: 2 March 2020