Jenis² Dadah Paling Bahaya Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Dadah merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan yang hanya dimakan ketika kita sakit, dan juga jumlah yang dibenarkan untuk dimakan adalah terhad kepada yang disyorkan oleh doktor. Itu adalah maksud dadah dari sudut perubatan, tetapi untuk topik ini aku akan sentuh tentang dadah dari sudut yang lagi satu, iaitu bahan yang disalah guna untuk menyebabkan khayal. Sebab itu pihak kerajaan membanteras penyalahgunaan dadah untuk tujuan lain daripada perubatan seperti untuk seronok-seronok dan berkhayal. Kalau sebut dadah sahaja, ia masih lagi diperlukan untuk menghasilkan ubat-ubatan. Jadi dalam banyak-banyak jenis dadah ni, yang mana satu yang paling bahaya sebagai dadah yang disalah guna? Jom kita lihat apakah kesan-kesan buruk akibat daripada penyalahgunaan dadah-dadah ini. 

BENZODIAZEPINES

Benzodiazepine merupakan sejenis ubat preskripsi yang sering diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah seperti insomnia atau kesihatan mental seperti anxiety dan serangan panik. Ubat ini akan membuatkan pesakit berasa tenang dan mampu untuk mengawal keadaan mereka yang tidak terkawal itu. Tetapi ubat jenis ‘benzo’ ini juga mampu untuk membuat seseorang itu khayal. Ubat jenis ‘benzo’ seperti Valium, Xanax dan Klonopin merupakan antara yang banyak disalah guna oleh orang muda.

Kebiasaan mereka yang menyalahgunakan ubat ini bagi tujuan khayal akan mencampurkan ia dengan bahan-bahan lain juga untuk mendapatkan kesan yang lebih ‘kick.’ Walau bagaimanapun, disebabkan ‘benzo’ merupakan sejenis ubat yang memperlahankan dengupan jantung, mencampurkan ia dengan bahan lain seperti Opioid mampu meningkatkan risiko masalah penafasan serta masalah sistem saraf pusat. Kesannya mampu membawa maut.

METHADONE & MORPHINE

Methadone merupakan jenis dadah sintetik yang dijadualkan. Ia mula digunakan semasa Perang Dunia Kedua untuk merawat kesakitan akibat kecederaan kerana kekurangan bekalan Morphine. Kini, Methadone digunakan untuk merawat ketagihan terhadap dadah jenis Opioid seperti heroin. Walau bagaimanapun, Methadone terus dipantau penggunaannya oleh pakar perubatan, dan pesakit hanya dibenarkan menggunakan Methadone di pusat pemulihan untuk mengurangkan kesan ketagihan terhadap heroin. Walaupun digunakan untuk melawan ketagihan, Methadone juga berisiko untuk menjadikan pengguna ketagih. Jadi penggunaannya adalah bahaya.

Manakala Morphine pula banyak disalah guna kerana ia mampu memberikan rasa ‘seronok’ kepada pengguna. Ia banyak digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Walaupun kesan jangka pendeknya adalah minimal, tetapi kesan jangka panjangnya mampu memberi masalah berkaitan penyakit mental seperti kemurungan. Pengguna dadah jenis ini juga mendapati mereka sukar untuk berhenti daripada mengambilnya, serta menambahkan lagi ketagihan sehingga mengakibatkan ‘overdose.’ 

FENTANYL

Fentanyl merupakan dadah jenis Opioid yang dihasilkan secara sintetik. Dadah ini merupakan dadah yang kuat untuk melegakan kesakitan, dan boleh dikatakan 50 ke 100 kali lebih kuat berbanding Morphine, dan 50 kali lebih kuat berbanding heroin. Jadi boleh bayangkan lah betapa kuatnya dadah ini. Terdapat laporan pada tahun 2016 di mana dilaporkan sebanyak 18,335 kematian yang dinyatakan berkaitan penyalahgunaan dadah jenis ini. Fentanyl adalah sangat addictive dan untuk berhenti daripadanya adalah hampir mustahil tanpa rawatan yang betul. Walaupun boleh digunakan untuk tujuan perubatan, penyalahguaannya akan membawa padah. 

AMPETAMINE & METHAMPHETAMINE

Walaupun kedua-duanya biasa digunakan bagi tujuan perubatan, terutamanya Amphetamines yang digunakan untuk merawat penyakit seperti ADHD dan obesiti, ia juga menjadi bahan yang disalahgunakan bagi tujuan khayal. Methamphetamine sering dirujuk sebagai ‘Meth’ kalau di dalam filem-filem. Kedua-dua jenis dadah ini mampu untuk membuatkan penagih berasa bertenaga dan ‘enjoy.’ Kesan yang ‘menyeronokkan’ ini lah yang membuatkan ianya menjadi ketagih. Kesan-kesan lain kepada diri pula adalah seperti turun berat badan secara mendadak, masalah jantung, gigi menjadi reput, masalah emosi dan ingatan, dan paling teruk mampu membawa maut. Walaupun ada penagih yang dah berhenti daripada mengambil dadah jenis ini, kerosakan kekal seperti brain damage tetap tak dapat dielakkan. 

ALKOHOL

Antara sebab kenapa Alkohol dianggap sebagai jenis dadah yang bahaya adalah kerana tidak ramai yang memahami sepenuhnya tentang kesan jangka masa panjang pengambilan Alkohol. Pengambilan Alkohol setiap hari, atau secara regular mampu untuk membina ketagihan terhadap Alkohol. Ketagihan Alkohol pula mampu untuk merosakkan fizikal dan juga mental seseorang. Bermula daripada sini, ia akan mengakibatkan juga masalah berkaitan kesihatan mental, dan risiko-risiko penyakit seperti kegagalan jantung dan hati. Ia menjadikan Alkohol sebagai jenis dadah yang bahaya jika diambil secara berlebihan dan tanpa dikawal.

NIKOTIN

Nikotin boleh dikatakan sebagai bahan yang dah menjadi ‘normal’ untuk diambil dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Nikotin, yang terdapat di dalam rokok digunakan hampir di seluruh dunia. Kesan kepada kesihatan pula memang sering diwar-warkan oleh pihak kerajaan bagi menghentikan penggunaan nikotin secara berleluasa dalam negara. Antara kesan teruk kepada kesihatan adalah seperti penyakit kronik berkaitan pernafasan, kerosakan organ dalaman, serta salah satu punca kepada kanser paru-paru.

Nikotin yang terkandung di dalam rokok akan mengakibatkan ketagihan pengambilan rokok. Kesan nikotin yang rendah akan mengakibatkan peningkatan pengambilan rokok secara berlebihan, sekaligus meningkatkan risiko masalah kesihatan yang kronik. Disebabkan ketagihan nikotin ini, dan pengambilan rokok secara berlebihan, orang sekeliling juga akan terkena kesan buruk daripada asap rokok itu.

KOKAIN & HEROIN

Kokain merupakan jenis dadah yang sangat addictive dan mampu untuk mengakibatkan kerosakan serious kepada jantung, otak, dan organ-organ dalaman yang lain. Penggunaan Kokain secara berlebihan dalam satu masa mampu meragut nyawa!

Heroin pula merupakan antara dadah jenis Opioid yang paling addictive dalam pasaran ‘dadah.’ Dikatakan adalah sukar untuk mengurangkan pengambilan dadah ini sekiranya telah mengambilnya secara berlebihan. Kesan sampingannya juga mampu untuk merosakkan kesihatan fizikal dan mental. Daripada penyakit berkaitan HIV dan Hepatitis C, serta kadar overdose yang tinggi, heroin adalah penyebab utama kematian berkaitan dadah di United Kingdom.

KATALAKI: Jangan sesekali menghampirkan diri dengan najis dadah ni. Jauhi dadah untuk kehidupan yang lebih aman.

Last modified: 20 July 2020