Jenis-jenis Hukuman Mati Di Dunia

Feature, Sembang, ZAP, ZeKool

ϟ Trending

Di setiap negara, para pihak berkuasa undang-undang telah menetapkan bermacam jenis cara untuk menjalankan hukuman mati bagi setiap banduan yang telah diperintahkan oleh mahkamah keadilan. Sama ada cara yang mudah ataupun cara-cara yang dikatakan mengerikan seperti mendidih dalam minyak, letakkan dalam lubang ular, tanam secara hidup dan bermacam-macam lagi jenis hukuman mati.

Pada zaman ini, ramai pemerintah lebih cenderung untuk menjalankan hukuman lebih beradab dan mengikutkan undang-undang yang lebih teratur dan lebih berperikemanusiaan.

Didalam artikel kalini kita nak bincangkan tentang jenis-jenis hukuman yang telah digunapakai dan paling banyak dipraktikkan dalam kapasiti rasmi di dunia moden. Kebanyakkan pemerintah di dunia telah termasuk juga kerajaan Amerika Syarikat telah dikenali menjatuhkan hukuman yang kurang rasmi seperti tembakan serta mengunakan senjata kimia sehingga kebuluran.

SUNTIKAN MAUT

Suntikan maut adalah bentuk hukuman mati yang paling lazim di Amerika Syarikat hari ini, tetapi ini tidak semestinya ianya bermaksud bahawa ia adalah yang paling beradab.

Menurut sejarah, pada tahun 1982 Amerika Syarikat merupakan negara pertama yang telah menjalankan hukuman suntikan maut ini. China merupakan negara kedua pada tahun 1997 diikuti dengan beberapa negara lain. Suntikan maut kini merupakan antara jenis pelaksanaan hukuman mati yang paling biasa dilakukan Amerika Syarikat. Setiap pelaksanaan hukuman mati pada tahun 2005 dan semua kecuali satu pelaksanaan masing-masing pada tahun 2004 dan 2006 dilakukan dengan suntikan mati.

Pada tahun 1940, pihak berkuasa Nazi Jerman telah mengunnakan suntikan mati ini sebagai sebahagian daripada Program E-Euthanasia T-4, ianya juga dikatakan kemudiannya telah digantikan dengan gas beracun.

Pentothal merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk suntikan maut ini yang dikatakan boleh menyebabkan koma namun ianya juga dikatakan memberi penerima suntikan kimia Pentothal ini mengalami kesakitan yang melampau. Ini juga antara sebab Mahkamah Agung Amerika Syarikat. memutuskan didalam kes pembicaraan Hill v. Crosby (2006) bahawa banduan hukuman mati boleh mencabar prosedur suntikan kematian di bawah Pindaan Kelapan perlembahaan Amerika Syarikat.

Namun pada tahun berikutnya, telah ada beberapa gerakan yang menentang hukuman suntikan maut ini dengan alasan bahawa ianya jauh lebih menyakitkan daripada hukuman mati lain. Selain daripada itu, pihak berkuasa enggan menyediakan bahan kimia yang diperlukan untuk suntikan hukuman tersebut serta beberapa tanggapan bahawa terdapat bantahan yang tinggi untuk penalti hukuman mati ini dan juga mengembalikan semula hukuman mati seperti hukuman gantung dan tembakan.

BILIK GAS

Mengikut sejarah hukuman mati, Pada tahun 1921, pihak berkuasa di Amerika Syarikat telah memutuskan bahawa hukuman mati Gas Chamber atau bilik gas adalah antara bentuk perlaksanaan hukuman mati yang efisien dan berperikemanusiaan berbanding dengan hukuman mati kerusi elektrik.

Pihak berkuasa negeri Nevada, Amerika Syarikat merupakan negeri pertama untuk melakukan prosedur hukuman mati cara ini pada tahun 1924 dan ianya telah digunapakai secara popular selama lebih 50 tahun. Didalam bilik gas ini, banduan akan diikat pada kerusi dalam pada masa yang sama si Algojo atau executioner berada di luar bilik gas akan menarik lever yang melepaskan gas hidrogen sianida yang mematikan membanjiri bilik gas ini.

Namun untuk hukuman mati bilik gas ini, terdapat beberapa komplikasi dimana ianya menyebabkan kematian yang sangat perlahan dan menyakitkan seperti dapat dilihat dalam beberapa kes berprofile tinggi pada sekitar tahun 1980an dan 1990an. Antara kes terkenal adalah kes Jimmy Lee Gray yang mula panik dan membantingkan kepalanya ke paip selama sepuluh minit ketika gas sianida meresap kedalam badannya saat menghadapi hukuman. Pelaksanaan hukuman mati mengunakan bilik gas terakhir berlaku pada tahun 1999, dan hanya empat negeri di Amerika Syarikat yang masih membenarkannya sebagai pilihan.

FIRING SQUAD

Skuad penembak atau Firing Squad secara lazimnya dikaitkan dengan tentera namun ianya juga adalah salah satu bentuk perlaksanaan hukuman yang paling murah dan jika dilakukan dengan betul, ianya dikatakan adalah salah satu hukuman yang berperikemanusiaan.

Menurut sejarah, perlaksanaan hukuman mengunakan skuad penembak dikatakan telah dilakukan sejauh selama penciptaan senjata api. Di Amerika Syarikat, hukuman ini telah dilakukan seatas 2 banduan pada tahun 1977 dan 1996. Hukuman ini tetap menjadi pilihan bagi tahanan hukuman mati di Idaho, Oklahoma, dan Utah, Amerika Syarikat.

Hukuman mati oleh pasukan penembak sering dianggap sebagai hukuman kematian askar dan bukannya hukuman mati untuk penjenayah. Ianya juga merupakan satu-satunya bentuk perlaksanaan hukuman mati moden yang memelihara sebahagian besar organ tahanan, ianya membolehkan pendermaan organ dilakukan jika ia dibenarkan. Pelaksanaan skuad penembak sangat jarang dilakukan di Amerika Syarikat sehingga sukar untuk membincangkan prosedur operasi standard.

STONING

Pada zaman dahulu, hukuman mati pelemparan batu atau Stoning berbeza daripada bentuk hukuman mati yang lain kerana ianya adalah salah satu hukuman mati yang turut disertai oleh seluruh masyarakat. Ianya juga adalah bentuk hukuman mati yang tertua di dunia.

Walaupun Stoning tidak pernah menjadi bentuk pelaksanaan hukum di Amerika Syarikat, ianya dilaksanakan di tempat lain di dunia, terutama di Timur Tengah dan Afrika sub-Sahara. Hukuman pelemparan batu terutamanya ditegakkan oleh undang-undang syariah fundamentalis Islam.

Pada tahun 2004, Zhila Izadyar yang berusia 13 tahun telah dijatuhkan hukuman mati dengan pelemparan batu di Iran atas kesalahan dirogol oleh abang kandungannya. Walaupun hukuman itu kemudian ditarik balik setelah mendapat bantahan antarabangsa, hukuman sebatan yang bersamaan dengan Stoning sering dilakukan di seluruh negara membangun.

KATALAKI: Stay away daripada melakukan sebarang jenayah lah ya…

ϟ Trending

Last modified: 3 June 2020