Jenis-Jenis Javelins Dalam Anthem!

Game, Tech

Korang dah try belum open demo Anthem tempoh hari? Amacam syok ke tak? Kalau tanya aku memang syok gila. Bagi korang yang tak tahu, Anthem merupakan online multiplayer action roleplaying game yang dihasilkan oleh BioWare dan dikeluarkan oleh Electronic Arts.

Game ini bakal dikeluarkan pada 22 Feb 2019 dan didalam game ini korang akan membawa watak Freelancer, salah seorang yang mampu memandu exosuits macam ironman bro! Game ini adalah gabungan thirdperson shooter dan action roleplaying yang mana korang boleh bermain bersama-sama dengan 3 orang kawan korang yang lain.

Bagi aku apa yang membuatkan game ini agak awesome adalah korang boleh memilih 4 exosuits ataupun dipanggil sebagai Javelins. Javelins ini mempunyai ciri-ciri dan attack yang berbeza antara satu sama lain. So hari ini aku nak share dengan korang 4 Javelins yang ada dalam Anthem dan Javelins mana yang sesuai dengan korang.

RANGER

Rangers merupakan suit yang korang first dapat main time open demo tempoh hari. Kalau korang tengok daripada segi design dia memang tak tumpah macam suit Iron Man. Javelins ini sangat berguna kalau korang baru nak try main game Anthem ini.

Javelin ini mempunyai amount health dan shield yang tinggi. Kalau dilihat dari segi abilities pula, Ranger mempunyai skill untuk melancarkan peluru berpandu dan juga keupayaan membaling grenades. Ranger juga boleh menggunakan pelbagai jenis senjata kecuali heavy weapons.

Setiap Javelin mempunyai Ulti mereka tersendiri dan Ulti untuk Ranger adalah ia mampu melancarkan multi target missile. Ia amat berguna bila team korang kena attack dengan banyak enemy dan korang mampu mematahkan serangan daripada enemy yang ramai.

COLOSSUS

Korang pernah tengok suit Hulkbuster? Alah suit yang Iron Man guna untuk lawan dengan Hulk masa Age of Ultron tu. Javelin Colossus design dia macam tulah!  Colossus ini mempunyai design yang besar dan bulky berbanding dengan Javelins yang lain.

Colossus mempunyai health yang banyak namun kurang energy shield. Colossus juga tidak boleh dodge dan roll so agak susah untuk mengelak serangan musuh. Pergerakan Colossus juga slow berbanding Javelins yang lain. Walaupun Colossus tidak boleh dodge, Colossus merupakan satu-satunya Javelins yang mempunyai shield yang mana ia boleh block serangan musuh dari depan dan juga digunakan untuk melee attack.

Skill yang terdapat pada Colossus mengfokuskan serangan pada musuh yang ramai. Skill yang pertama boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu yang terdapat pada bahagian bahu Colossus dan skill kedua arm cannon. Ulti untuk Colossus adalah dia akan mengeluarkan cannon yang besar dan mampu melepas tiga kali serangan terhadap musuh. Setiap kali serangan Ulti berjaya, nyawa korang akan naik sedikit demi sedikit.

STORM

Storm merupakan Javelins yang mempunyai armor nampak lebih simple dan sleek berbanding Javelin lain. Javelin ini juga merupakan satu-satu javelin yang mempunyai cape dibahagian belakang, so bila korang terbang nampak macam Superman!

Pergerakan Storm tidaklah selembap Colossus tapi tidaklah selincah Javelin Interceptor. Walaupun Storm tidak mampu untuk dodge serangan musuh semasa sedang terbang, Storm mampu teleport untuk short distance. Storm juga merupakan satu-satu Javelins yang mempunyai health yang rendah berbanding Javelins lain dan banyak bergantung kepada energy shield sahaja.

Bagi skill pula, Storm banyak bermain dengan serangan elemental seperti elektrik, api dan ice. Untuk skill yang pertama, Storm mampu mengeluarkan blast attack seperti lightning blast, ice storm dan sebagainya. Skill kedua pula fokus kepada serangan individu seperti fire ball, lightning ball dan lain-lain. Bagi serangan Ulti pula, Storm mampu mengeluarkan 3 blast attack. 1st blast attack adalah ice attack, kedua adalah electric attack dan terakhir adalah fire blast!

INTERCEPTOR

Interceptor merupakan Javelin yang sangat lincah daripada segi pergerakan dan mempunyai armor yang agak sleek. Bila korang pilih Interceptor ini, korang akan nampak seperti seorang ninja yang bergerak dengan sangat laju berbanding Javelins lain.

Disebabkan pergerakan dia yang laju dan lincah, Interceptor sangat berguna untuk melakukan serangan kepada single enemy. Interceptor juga mampu untuk triple jump, triple dash dan double barrel roll. Bila shield Interceptor semakin kurang, ia boleh di charge dengan bergerak dengan pantas.

Ulti untuk Interceptor agak unik yang mana ia fokus kepada serangan melee. Bila korang melancarkan Ulti, Interceptor akan charge kearah musuh dan menyerang dengan serangan melee. Semasa charging kearah musuh, health Interceptor akan fully restored dan akan kebal dari apa-apa serangan semasa dalam mode Ulti!

So Javelins mana yang korang akan pilih? Kalau tanya aku, aku memang akan pilih Colossus! Sebab apa aku pilih Javelin Colossus adalah sebab aku memang suka main sebagai Tank. Dengan Heath yang banyak, skill dan ulti yang meletup-letup, Colossus memang jadi pilihan aku bila main Anthem nanti!

KATALAKI: Tak sabarnya nak tunggu Anthem keluar!

Last modified: 7 February 2019