Jenis-Jenis Kereta Yang Korang Patut Tahu

Collab, SuperDeals

Superdeals

Jujur aku cakap. Sebenarnya aku ni bukan la seorang yang minat sangat pada kereta. Kiranya, bukan lah seorang yang gila kan kereta. Bukan jenis yang tahu sangat mendalam serba-serbi tentang   kereta ni kalau nak di comparekan dengan Ijal ataupun dikalangan member-member aku yang bukan saja tahu jenis kereta, tapi dengar bunyi enjin kereta pun boleh tahu dah itu jenis kereta apa, siap tahu tahun kereta tu dikeluarkan lagi

Aku tahu, mesti antara pembaca Thelaki kat sini pun ada yang arif tentang kereta ataupun tak tahu langsung pasal kereta (macam aku la LOL). Tapi harini aku nak kongsikan sedikit, research yang aku sendiri dah buat tentang jenis-jenis kenderaan beroda empat ni. Yang ni aku compilekan info yang aku sendiri dah jumpa, kalau ada tersalah or silap info, dialu-alukan untuk korang komen ya.

Saloon Cars

Pertama sekali, kita nak tahu apakah saloon cars? Maksudnya kereta kita ni kereta yang dibawa pi saloon ke camna? Saloon atau boleh juga dipanggil sebagai Sedan ini adalah bermaksud kereta  penumpang dalam konfigurasi tiga kotak lengkap dengan petak berasingan untuk enjin, penumpang, dan kargo. Pengunaan terma “sedan” direkodkan pada seawal tahun 1912, yang mana ia adalah nama untuk merujuk kepada body sebuah kereta.

Kalau di United Kingdom, kereta-kereta “sedan” digelarkan sebagai “saloon” dan kereta Sports sedan (seperti kereta BMW M5, Subaru, S63 AMG, Tesla Model S/3 dll) dikenali sebagai “super saloon”.

Hatchback

Ini pula sejenis kereta yang aku rasa memang ramai tahu la kereta camni kereta jenis apa. Kereta jenis hatchback ini amat popular pada tahun 1970. Direka pada tahun 60an, kereta jenis ini dibahagiakan pada kawasan penumpang dan kargo. Kereta hatchback ni mempunyai rekaan two-box design body style. dimana bahagian boot atau trunk berada pada pembahagian yang sama. Bahagian seat kereta pula boleh dilipat untuk membesarkan bahagian kargo.

MPV / MUV

Untuk kereta-kereta jenis besar yang mempunyai lebih daripada 5 seater ini pula dikenali sebagai MPV multi-purpose vehicle atau pun MUV multi-utility vehicle dan selalu kategorikan juga sebagai “people carriers”. Kereta sebegini direkaan untuk memberi ruang yang secukupnya dan keselesaan buat penumpang.

Image via: Thelaki.com.my

Sebenarnya kalau nak ikutkan ada banyak lagi jenis kereta dengan design dan kategori yang berlainan. Tapi harini Thelaki share yang basic dan apa yang selalu kita nampak dan kebanyakkan ada di jalan raya sekitar kita. Lagi satu Thelaki nak kongsikan adalah offer terbaik daripada Superdeals. Disebabkan kebanyakkan kita mempunyai saloon cars, ini offer untuk mereka-mereka yang memiliki saloon cars. Pemasangan carpeting untuk kereta korang dengan harga semurah RM70 daripada harga asal which is RM208. Tak perlu pakai carpet kereta original. Pasang je carpet dengan setebal 13mm untuk cantikkan lagi kereta korang. Semuanya di Superdeals. Kalau korang berminat, boleh beli terus offer ini di Superdeals.com.my. Klik saja DISINI.

KATALAKI: Bro bro semua prefer neo lah kalau keretaaaa…

Superdeals

Last modified: 15 November 2019