Jepun Ada Samurai Wanita?

Sembang

Bila bercerita tentang Samurai, ramai yang akan bayangkan seorang lelaki yang penuh misteri dengan sebilah Katana, tapi tahukah korang sebenarnya Samurai bukan sahaja khusus kepada kaum lelaki tapi ada juga kaum wanita yang menjadi Samurai semasa zaman Jepun lama.

Mereka ini dikenali sebagai Onna-Bugeisha, pahlawan ataupun Samurai wanita yang pernah digunakan dan berkhidmat kepada bangsawan-bangsawan Jepun. Onna-Bugeisha ini biasanya adalah anak perempuan mereka yang pernah atau yang sedang berkhidmat sebagai Samurai.

Ada juga beberapa daripada mereka yang merupakan isteri kepada SamuraiSamurai terkenal. Mereka ini sama ada dilatih untuk melindungi rumah mereka ataupun mengikut suami atau ayah mereka ke medan perang untuk sama-sama berlawan.

Menurut sejarah, semasa peperangan besar di Jepun berlaku, 30% daripada mereka merupakan Onna-Bugeisha tapi sangat jarang kita dengar tentang dorang. Jadi hari ini aku nak share sedikit dengan korang sejarah tentang Onna-Bugeisha dan siapakah dia Samurai wanita yang terkenal.

Walaupun banyak Samurai yang menggunakan senjata seperti Katana dan tombak, Onna-Bugeisha pula menggunakan senjata seperti Naginata dan Kaiken. Senjata ini dilihat lebih senang digunakan oleh Onna-Bugeisha kerana lebih kecil dan tidak terlalu berat. Mereka juga mempelajari seni bela diri Tanto Jutsu.

Antara Onna-Bugeisha yang terkenal adalah Empress Jingu yang merupakan Onna-Bugeisha yang mengetuai serangan terhadap Korea pada tahun 200 AD selepas suaminya Emperor Chuai, Emperor ke 14 Jepun mati semasa dalam peperangan.

Disebabkan keberanian dan kehebatan Empress Jingu, dia telah menjadi wanita pertama yang wajahnya digunakan pada mata wang Jepun pada tahun 1881. Bagi mengelakkan mata wang tersebut dipalsukan, ia telah dicetak pada kertas Oblong.

Seorang lagi Onna-Bugeisha yang terkenal adalah Hangaku. Hangaku banyak menyumbangkan keberanian dia semasa akhir perang Genpei. Dia sangat handal menggunakan panah dan menunggang kuda. Semasa di medan perang, dia akan terus kehadapan dengan kudanya dan membunuh musuh dengan menembak anak panahnya tepat ke kepala musuh.

Namun semasa pemberontakan Kennin, dia telah ditembak dengan anak panah pada bahagian peha dan kemudiannya ditangkap oleh pihak musuh. Jika Samurai Jepun terkenal dengan ritual Seppuku, yang merupakan ritual Samurai bunuh diri dengan menikam diri sendiri apabila ditangkap. Onna-Bugeisha pula melakukan ritual Seppuku dengan melemaskan diri.

Namun Hangaku telah dihalang untuk membunuh diri dan dia kemudiannya telah dikahwinkan dengan Asari Yoshito, salah seorang Shogun musuh. Dia dikatakan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dia dengan Shogun tersebut.

Seorang lagi Onna-Bugeisha yang terkenal adalah Nakano Takeko yang mengetuai tentera wanita untuk berlawan dengan askar istana Jepun semasa peperangan Battle of Aizu yang berlaku pada tahun 1868. Jumlah Samurai yang telah dibunuh oleh Nakano dikatakan adalah sebanyak 172 orang.

Namun dia telah terbunuh apabila anak panah musuh telah terkena tepat pada dadanya. Bagi memastikan pihak musuh tidak memotong dan mengambil kepala nya untuk dijadikan sebagai trophy, dia telah menyuruh adiknya, Yuko yang mana turut bersama dengan dia semasa itu untuk memotong kepalanya apabila dia mati dan membawa ia lari ke Hokai Temple. Adiknya berjaya membawa lari kepala Nakano daripada pihak musuh dan menanamnya dibawah pokok yang terdapat di Hokai Temple.

Kalau korang tengok sendiri sejarah tentang Onna-Bugeisha ini, kehebatan dorang boleh dikatakan saing-saing dengan kehebatan Samurai lelaki. Walaupun daripada luaran dorang nampak lemah lembut dan ayu tapi apabila di medan perang, tiada satu musuh pun yang selamat daripada dorang.

KATALAKI: Terdapat satu dokumentari yang bertajuk Samurai Warrior Queens yang menceritakan tentang sejarah hidup Nakano. Korang wajib layan dokumentari ni!

Last modified: 14 October 2019