Jersi Baru Manchester City X Puma

Aktif, Bola

Pada 28 Februari 2019, Manchester City dah sahkan yang dorang akan ditaja oleh Puma selama 10 tahun bermula Julai 2019 nanti. Tajaan ni termasuklah pakaian dan peralatan untuk latihan dan juga jersi yang akan digunakan oleh pemain-pemain Manchester City.

Teaser yang dikeluarkan oleh Puma kat media sosial pun boleh tahan gak. Korang dah tengok belum?

Sekarang ni, Manchester City masih lagi ditaja oleh Nike sejak tahun 2013 dan akan berakhir pada Julai 2019 nanti. Ini kali pertama dalam sejarah pasukan Manchester City ditaja oleh jenama Puma. Umbro, Kappa, Le Coq Sportif dan Reebok antara jenama yang pernah sponsor barangan sukan Manchester City sebelum ni.

Manchester City X Umbro

Manchester City X Le Coq Sportif

Manchester City X Reebok

Sebelum Manchester City dah sahkan yang dorang akan ditaja oleh Puma, ada je player Manchester City yang dah memang ditaja oleh Puma secara individu. Korang tahu tak siapa? Vincent Kompany, David Silva dan Sergio Aguero semuanya memang dah lama ditaja oleh Puma.

Jersi baru rasmi Manchester City yang ditaja oleh Puma ni nanti mungkin akan ditunjukkan kepada orang ramai pada Julai 2019, selepas tamat Premier League musim 2018/2019. Tak lama lepas Manchester City buat announcement pasal tajaan Puma, fans Manchester City laju betul terus buat concept kit yang ditaja Puma. Jom kita usha cun ke tak cun concept kit yang direka oleh fans Manchester City ni.

KATALAKI: Siapa yang pernah beli jersi Nike Manchester City sebelum ni akan jadi barang rare lepas ni.

Last modified: 1 March 2019