Jersi² Bola Sepak Paling Bernilai Di Dunia

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Bila sesebuah pasukan tu dah semakin berjaya di peringkat dunia, semakin banyak lah pihak yang beratur untuk menaja pasukan tersebut. Reputasi pasukan semakin meningkat, nilai komersial pun semakin tinggi. Ini yang berlaku kepada Liverpool selepas baru-baru ni mengumumkan berita terbaru mengenai kerjasama bersama Nike sebagai penaja rasmi jersi Liverpool bermula 1 Jun 2020.

Untuk info, sebelum ni tak pernah lagi dalam sejarah pasukan bola sepak Liverpool bekerjasama dengan Nike. Ini kali pertama Liverpool akan menyarung jersi yang tertera jenama Nike bermula musim 2020/21 nanti. Sebelum ni, Liverpool pernah menggunakan jersi yang ditaja oleh Umbro, Adidas, Reebok, Warrior Sports dan New Balance sejak tahun 2015 sehingga 31 Mei 2020.

Menurut Daily Mail, Liverpool melonjak ke tangga ke-3 dalam senarai penaja jersi paling bernilai di seluruh dunia selepas pengumuman mengenai kerjasama bersama Nike pada 3 Januari 2020 hari tu. Ini menjadikan Liverpool sebagai pasukan dari England yang mempunyai nilai tajaan jersi paling mahal meninggalkan Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Chelsea di belakang.

Barcelona merupakan pasukan yang menerima nilai tajaan jersi paling tinggi buat masa ni, ditaja oleh Nike sejak tahun 1998 dan dijangka akan kekal ditaja oleh Nike sehingga tahun 2028. Pasukan Real Madrid yang ditaja oleh Adidas berada di tangga ke-2 dalam senarai penaja jersi paling bernilai seluruh dunia.

Bila Liverpool umum secara rasmi mengenai kerjasama dengan Nike, memang terus bersepah jersi konsep Liverpool X Nike yang dicipta oleh peminat bola sepak kat media sosial. Jom kita tengok ada tak yang cun.

KATALAKI: Yang belum lagi ada jersi Liverpool dengan New Balance dah boleh beli rasanya. Nanti jadi barang rare.

Last modified: 12 February 2020