Semasa Mobile Legends World Cup M1 tempoh hari, aku ada ternampak beberapa orang cosplayer yang aktif dalam event–event gaming di Malaysia. Selepas habis M1, baru aku tahu yang sebenarnya dorang ada kumpulan cosplayer dorang sendiri yang mana terdiri daripada cosplayer–cosplayer terkenal di Malaysia. Nama kumpulan dorang adalah JK Creative!

Image Via: https://www.facebook.com
Aku berjaya untuk contact salah seorang daripada cosplayer kumpulan ini iaitu Fyra Zaidi atau lebih dikenali sebagai BBKuinn dan dia bersetuju untuk berkongsi dengan lebih lanjut dengan aku tentang kumpulan JK Creative. Aku pernah feature Fyra Zaidi dalam salah article aku yang bertajuk “Jom Kenal Malaysian Female Shoutcaster!” Korang boleh baca dekat SINI.

Image Via: https://www.facebook.com
Mengikut Fyra, JK Creative ini pada awalnya hanya sebab nak tolong kawan-kawan cosplayer yang lain dalam membuat costume. Selain membantu rakan-rakan menyiapkan costume, mereka juga saling belajar antara satu sama lain dalam membuat costume. Daripada sini mereka dapat mencari sedikit duit dengan membuat commission dan juga berkongsi cosplay job.

Image Via: https://www.facebook.com
Sebelum ini mereka hanya mengambil commission dalam costume making, prop making dan wig styling untuk cosplayer lain namun sejak tahun ini, mereka mula menyediakan khidmat cosplay talent untuk event–event gaming di Malaysia. Patutlah aku selalu nampak dorang dekat gaming event dan product launching, murah rezeki dorang ni hahaha!

Image Via: https://www.facebook.com
Dalam JK Creative ini adalah lebih daripada 20 orang dan setiap seorang daripada dorang mempunyai kelebihan dorang tersendiri. Dalam kumpulan ini ada cosplayer, propmaker, tailor dan juga photographer. Selain itu, ada diantara dorang yang mempunyai kerjaya dorang sendiri. Sebagai contoh dalam JK Creative ini ada yang berkerja sebagai Cikgu, Helicopter Engineer dan macam-macam lagi.

Image Via: https://www.facebook.com
Walaupun dorang sibuk dengan kerjaya masing-masing, tapi setiap ahli dalam JK Creative tetap cuba untuk meluangkan masa dengan ahli-ahli yang lain bagi membantu dorang membuat costume dan sebagainya. Macam ini baru betul berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hahaha!

Image Via: https://www.facebook.com
Fyra juga memberitahu yang kebanyakan daripada mereka dahulu memang suka masuk cosplay competition namun sekarang ramai daripada mereka yang lebih suka bekerja belakang tabir dan ambik cosplay job untuk muncul di gaming event. Antara yang masih active masuk cosplay competition dalam ahli JK Creative adalah King Angel dan juga Ellemonade.

Image Via: https://www.facebook.com
Sebelum ini Fyra dan juga salah seorang ahli JK Creative iaitu Momo Rex pernah mewakili Malaysia untuk Clara Cow Cosplay Competition yang diadakan di Netherlands. Namun bagi Fyra, pencapaian paling besar untuk kumpulan JK Creative adalah ketika mereka mendapat jemputan untuk hadir dan cosplay di Mobile Legends World Cup M1 yang diadakan pada minggu lepas. Fyra merasakan kumpulan mereka sangat bernasib baik kerana telah bekerja rapat dengan pihak penganjur sejak dari event 515 Mobile Legend hingga ke Epicon dan sekarang satu dunia dapat lihat mereka dalam Tournament M1!

Image Via: https://www.facebook.com
Setakat ini, mereka telah berjaya membuat sebanyak 18 costume untuk watak-watak dalam Mobile Legends tidak termasuk costume dan props untuk watak-watak lain. Kalau diikutkan mereka dah berjaya siapkan lebih daripada 30 costume dan props untuk tahun ini sahaja! Semua costume dan props ini dibuat daripada zero dengan bantuan ahli-ahli lain.

Image Via: https://www.facebook.com
Untuk siapkan satu costume, biasanya mereka akan mengambil masa lebih kurang dalam masa seminggu sehingga sebulan bergantung kepada berapa details yang mereka perlukan untuk costume tersebut. Patutlah aku tengok costume–costume yang dorang cosplay nampak sama betul dengan watak-watak yang dorang bawa!

Image Via: https://www.facebook.com
Bagi korang yang berminat nak jadi cosplayer, Fyra mewakili JK Creative ada bagitahu yang korang kena cari orang yang betul-betul boleh guide korang dan jangan malu untuk minta nasihat daripada orang yang dah lama jadi cosplayer. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang cosplay ataupun cara nak buat costume, korang juga boleh terus ke official page JK Creative dan tanya dengan dorang terus. Korang jangan lupa check out page JK Creative dekat SINI.
KATALAKI: Kalau aku nak cosplay Franco watak hero Mobile Legends agak-agak lepas tak? hahahaha!