John Cena Tak Cukup Lawak? + GIVEAWAY MERCHANDISE!

Sembang

Filem terbaru yang dilakonkan oleh John Cena, Playing With Fire mula ditayangkan kat Malaysia pada 9 Januari 2020. Selain daripada John Cena, ada lagi pelakon lain yang mungkin korang pernah tengok sebelum ni, juga terlibat dalam filem Playing With Fire antaranya Keegan-Michael Key dan John Leguizamo.

Filem Playing With Fire mengisahkan tentang sekumpulan “Smoke Jumper”, ahli bomba yang menggunakan helikopter dan payung terjun kalau ada kebakaran yang berlaku, menyelamatkan 3 orang adik-beradik yang terlibat dalam satu kebakaran yang berlaku di dalam hutan. Sementara menunggu ibu bapa kepada 3 orang adik-beradik tersebut untuk menuntut anak-anak dorang, macam-macam lah benda yang berlaku.

Filem ni merupakan filem ke-17 lakonan John Cena sejak kali pertama terlibat dalam bidang lakonan pada tahun 2000 untuk filem Ready To Rumble. Kalau sebut je nama John Cena, mesti orang akan terbayangkan The Rock gak memandangkan 2 bintang WWE ni je yang berjaya mengukir nama dalam bidang lakonan selain Dave Bautista. Malang sekali untuk John Cena, apa yang dilakukan oleh John Cena mesti akan dibandingkan dengan The Rock.

Selepas kami menonton filem Playing With Fire, memang boleh nampak dengan jelas, John Cena tak boleh berlakon filem yang berunsur komedi macam yang dilakukan oleh The Rock. Mungkin apa yang ditampilkan menerusi jalan cerita dan dialog dalam filem Playing With Fire juga tak mampu untuk membantu John Cena menyerlahkan sisi lawak dalam bidang lakonan.

Walau bagaimanapun, filem Playing With Fire masih lagi seronok ditonton oleh seisi keluarga terutama sekali kanak-kanak, diselamatkan oleh lakonan Brianna Hildebrand, Christian Convery dan Finley Rose Slater sebagai 3 orang adik-beradik yang diselamatkan oleh John Cena dalam kebakaran. Sebelum ni, Brianna Hildebrand pernah berlakon dengan Ryan Reynolds dalam filem Deadpool.

 

View this post on Instagram

 

This photo is 2 years old now but it still makes me giggle. U mad? #NegasonicTeenageWarhead #JoeLederer

A post shared by Brianna Hildebrand (@briannahilde) on

Ini antara respons orang ramai mengenai filem Playing With Fire, diarahkan oleh Andy Fickman yang pernah mengarahkan filem Race to Witch Mountain dan Paul Blart: Mall Cop 2 sebelum ni.

GIVEAWAY MERCHANDISE PLAYING WITH FIRE!

Okay, special kali ini untuk pembaca Thelaki.com.my, kitorang ada 3 set hadiah merchandise filem Playing With Fire nak bagi kat korang. Kami mencari 3 pemenang bertuah untuk GIVEAWAY yang mudah ini, korang hanya perlu jawab soalan mudah untuk peluang memenangi 3 set hadiah merchandise yang cambest ini. Sila ikut cara-cara dibawah ini dengan tepat dan betul. Pemenang kami akan DM di Instagram, jadi pastikan korang check inbox kalau terima DM daripada account rasmi instagram @thelakione. Thelaki mencari 3 pemenang bertuah untuk menangi hadiah-hadiah merchandise eksklusif filem Playing With Fire. Selamat mencuba dan good luck guys! Peraduan Giveaway Thelaki tamat pada 24 Januari 2020.

GIVEAWAY – MERCHANDISE PLAYING WITH FIRE!

 

KATALAKI: Tahun 2020 ni ada banyak filem-filem gempak yang akan melibatkan John Cena antaraya filem Project X-Traction bersama Jackie Chan dan Fast & Furious 9.

Last modified: 16 January 2020