Joker Terbaik Selepas Heath Ledger?

Sembang

Baru-baru ini, team TheLaki diberi peluang untuk menonton movie Joker, sebuah movie yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua peminat watak ikonik ini termasuklah aku sendiri. Aku jugak ada menulis dua article tentang siapa dia Joker dan korang boleh baca dekat SINI dan juga dekat SINI.

Jadi untuk article hari ini aku akan bagi sedikit pendapat movie Joker ini dan aku akan pastikan article ini tidak akan mempunyai apa-apa major spoiler selain apa yang pernah keluar dekat trailertrailer dia sebelum ini so korang tak perlu risau kalau belum tengok lagi.

Bagi yang tidak tahu, filem ini merupakan filem origin kepada watak Joker dan juga ia membawakan pendekatan yang berlainan daripada Joker yang kita pernah lihat sebelum ini. Apa yang aku boleh cakap adalah watak Joker dalam movie ini rasa lebih dekat dan lebih mudah untuk aku terima berbanding Joker dalam filem lain.

Aku bukan nak cakap Joker lakonan Joaquin Phoenix ini lebih bagus daripada Joker lakonan Heath Ledger tapi aku boleh letakkan dia sebagai Joker kedua terbaik selepas Joker mendiang Heath Ledger. Movie Joker ini mempunyai jalan cerita yang lebih dark dan juga lebih banyak violence berbanding dengan moviemovie superhero/villain/antiheroes yang korang pernah tengok sebelum ini.

Movie ini bukan sahaja membuatkan aku hanyut dalam jalan cerita dan cinematography dia tapi dalam masa membuatkan aku rasa tidak selesa. Tapi rasa tidak selesa yang bagus kepada aku sebab dia membuatkan aku rasa sedih dan kesian kepada watak Joker ini.

Movie ini bukan sahaja mengambil beberapa inspirasi daripada komik tapi juga daripada beberapa movie lain seperti King of Comedy dan juga Taxi Driver. Dalam filem ini korang akan dapat lihat bagaimana watak Arthur Fleck lakonan Joaquin Phoenix mula hilang kewarasan sedikit demi sedikit sehinggalah dia berubah secara total dan menjadi The Joker!

Movie ini membuatkan kita faham yang dalam diri setiap orang wujud perasan yang aku boleh panggil “Hilang Akal” dan ia cuma perlukan beberapa kejadian yang membuatkan kita SNAP! dan terus menjadi seorang yang tidak waras seperti mana yang terjadi kepada watak Arthur Fleck.

Dan seperti yang aku cakap sebelum ini, cinematography untuk movie ini sangat-sangat kena dengan jalan cerita yang dorang bawakan. Colour grading dia yang mantap dan juga lagu-lagu yang diletakkan dalam filem ini bagi aku sangat-sangat on point.

Bagi korang yang tak perasan, dalam trailer filem ini juga kita diperkenalkan dengan watak Bruce Wayne yang masih lagi kecil dan juga ayahnya, Thomas Wayne. Walaupun watak dorang ada dalam filem ini, movie ini tetap berjaya fokus kepada Joker dan masih memberikan penonton sedikit sebanyak apa hubungan antara watak Joker dan juga Wayne Family.

Satu lagi benda yang aku nak puji untuk movie ini adalah lakonan Joaquin Phoenix itu sendiri. Bila dia masih lagi membawa watak Arthur Fleck, aku rasa kesian dengan apa yang dia hadapi dalam kehidupan dia dan apabila dia berubah menjadi Joker, lakonannya membuatkan aku faham dengan tindakan yang dia ambil dan meletakkan diri aku juga berkemungkinan akan jadi seperti watak ini jika aku menghadapi apa yang watak Arthur Fleck hadapi sebelum dia menjadi The Joker.

Ending untuk movie ini juga bagi aku adalah satu ending yang sangat bagus dan aku yakin, bila movie ini mula ditayangkan nanti secara umum, ramai orang yang akan bercakap betapa bagusnya ending yang terdapat dalam filem Joker ini.

Setakat hari ini, aku boleh katakan movie Joker ini adalah DC movie yang paling aku gemari dan aku setkan dia sebagai DC movie no 2 terbaik selepas Batman Nolan Trilogy, Aku yakin korang tak akan menyesal menonton movie ini dan korang akan berulang kali ke pawagam untuk menonton movie ini!

KATALAKI: Adakah akan ada Joker 2 nanti?

Last modified: 16 October 2019