Joker VS Terminator VS Gemini Man

Sembang

Betapa cepatnya masa berlalu, tak lama lagi dah nak masuk bulan ke-10 dalam tahun 2019 dan tinggal beberapa bulan je lagi kita akan tinggalkan tahun 2019 untuk sambut kedatangan tahun 2020. Korang dah bersedia ke dengan tahun 2020?

Di penghujung tahun 2019 ni, semakin banyak gak filem-filem yang best akan ditayangkan kat wayang sebenarnya. Kali ni mari kita tengok filem-filem wajib tonton untuk bulan Oktober ni.

Joker

Image Via : imdb.com

Tarikh Tayangan : Bermula 3 Oktober 2019

Filem Joker dah pun ditayangkan di Festival Filem Antrabangsa Venice yang ke-76 dan Festival Filem Antrabangsa Toronto. Majoriti yang dapat tengok filem ni lebih awal memberikan respons yang positif dan pujian terutama sekali kepada Joaquin Phoenix yang melakonkan watak Joker.

Filem yang diarahkan oleh Todd Phillips ni mengisahkan mengenai seorang stand-up comedian yang gagal dan dihina, lama-kelamaan berubah menjadi seorang penjenayah paling kejam. Ada gak beberapa pengkritik filem yang menggangap filem Joker terlalu ganas dan berbahaya disebabkan sekarang semakin banyak kes tembakan rambang yang berlaku di Amerika Syarikat.

Sebuah pawagam di Aurora, Colorado tidak dibenarkan untuk menayangkan filem Joker disebabkan pada tahun 2012, tembakan rambang pernah berlaku di pawagam tersebut semasa tayangan filem The Dark Night Rises dan seramai 12 orang terkorban.

Gemini Man

Image Via : imdb.com

Tarikh Tayangan : Bermula 10 Oktober 2019

Kali terakhir kita tengok Will Smith beraksi dalam filem aksi yang ditayangkan kat pawagam ialah filem Suicide Squad pada tahun 2016. Kali ni Will Smith kembali di pawagam dengan imej macho dan kegagahan dalam filem Gemini Man yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang diklonkan untuk membunuh lelaki yang sama. Will Smith sendiri yang melakonkan kedua-dua watak utama dalam filem ni.

Filem ni dah dirancang sejak tahun 1997. Lama sangat dah tu. Pengarah dan pelakon utama pun bertukar-tukar. Sehingga lah Ang Lee dipilih sebagai pengarah dan Will Smith yang melakonkan watak utama. Ang Lee sebelum ni pernah mengarahkan filem Life of Pi pada tahun 2012.

Maleficent: Mistress of Evil

Image Via : imdb.com

Tarikh Tayangan : Bermula 17 Oktober 2019

Selepas filem pertama Maleficent yang ditayangkan pada tahun 2014, filem Maleficent: Mistress of Evil merupakan filem sequel yang menceritakan mengenai Maleficent yang hidup aman dan tenteram tiba-tiba jiwa kacau selepas Princess Aurora menerima lamaran daripada Prince Phillip untuk berkahwin dan bermulah peperangan antara manusia dan Maleficent.

Terminator: Dark Fate

Image Via : imdb.com

Tarikh Tayangan : Bermula 24 Oktober 2019

Korang ingat lagi ke bila kali terakhir korang tengok filem Terminator kat wayang? Filem Terminator pertama bertajuk The Terminator ditayangkan pada tahun 1984 dan kali terakhir filem Terminator ditayangkan kat pawagam ialah pada tahun 2015 bertajuk Terminator Genisys.

Mungkin ramai yang masih lagi keliru macam mana dan kat mana terletaknya susunan filem Terminator: Dark Fate ni dalam siri filem Terminator. Filem Terminator: Dark Fate merupakan sequel kepada filem Terminator 2: Judgment Day yang ditayangkan pada tahun 1991. Nama-nama besar yang pernah terlibat dalam filem The Terminator dan Terminator 2: Judgment Day semuanya kembali dalam filem Terminator: Dark Fate antaranya  Linda Hamilton, Arnold Schwarzenegger dan James Cameron sebagai penerbit.

Perempuan Tanah Jahanam

Image Via : medcom.id

Tarikh Tayangan : Bermula 31 Oktober 2019

Kalau korang peminat filem seram dari Indonesia, mesti korang dah kenal dengan hasil kerja filem seram yang dihasilkan oleh pengarah tersohor Indonesia iaitu Joko Anwar. Sebelum ni Joko Anwar pernah mengarahkan filem Pengabdi Setan yang ditayangkan pada tahun 2017. Kali ni, Joko Anwar sekali lagi mengarahkan filem seram terbaru iaitu Perempuan Tanah Jahanam yang dah dirancang dengan rapi selama 10 tahun.

Perempuan Tanah Jahanam mengisahkan mengenai dua orang kawan, Maya dan Dini yang balik ke kampung selepas baru dapat tahu yang Maya mewarisi sebuah rumah. Tapi sebenarnya penduduk kampung dah lama cuba untuk mencari dan membunuh Maya untuk menamatkan sumpah yang dikenakan kepada kampung tersebut. Masa ni la Maya baru tahu cerita disebalik asal usul dirinya.

Zombieland: Double Tap

Tarikh Tayangan : Bermula 31 Oktober 2019

Sequel kepada filem pertama Zombieland yang ditayangkan pada tahun 2009, 4 watak utama iaitu Columbus, Tallahassee, Wichita and Little Rock kembali dalam filem Zombieland: Double Tap yang kembali bertempur dengan zombie yang wujud di Amerika Syarikat dan cuba menyelamatkan manusia-manusia lain yang masih lagi hidup.

Rasanya peminat filem Zombieland memang dah ketagih dengan filem terbaru Zombieland sebab jarang sekali kita dapat tengok filem zombie yang tidak terlalu serius dan penuh dengan lawak jenaka yang cuba disampaikan. 10 tahun tunggu filem terbaru Zombieland: Double Tap, pelakon-pelakon watak utama pun dah semakin berumur. Abigail Breslin yang berumur 13 tahun dalam filem Zombieland, sekarang dah pun berumur 23 tahun.

KATALAKI: RIP gaji bulan Oktober.

Last modified: 27 September 2019