Jom Join The Rebel Alliance!

Game, Tech

Pernah tak korang bayangkan yang korang dapat bersama-sama dengan Rebel Alliance lepas tu pergi serang hendap Galactic Empire dengan kawan-kawan korang sekali?

Kalau korang ada impian macam tu, sekarang korang boleh realisasikan impian korang tu dekat Genting Highland. Wait, apa benda yang ada dekat Genting Highland ni? Kalau korang nak tahu, mulai 6 Dec 2018 ni, Korang boleh berkunjung ke The VOID.

Mesti korang tertanya-tanya apa benda The VOID ni kan? The VOID ni adalah salah satu taman tema yang yang menggunakan VR, AR dan segala teknologi yang serba canggih bagi membuatkan korang dapat merasa seperti korang berada dalam alam lain.

Dekat The VOID terdapat beberapa story yang korang boleh alami sendiri dan yang terbaru adalah Star Wars: The Secret of the Empire.

Baru-baru ini, team THELAKI dapat merasai sendiri pengalaman berada didalam Star Wars: The Secret of the Empire. Satu pengalaman yang memang kitorang tak dapat lupakan dan boleh jadi pengalaman yang paling awesome untuk tahun 2018 ini.

The VOID merupakan taman tema hyper-reality experience yang pertama yang ada dekat Malaysia. Dengan membawa tarikan terbaru dorang iaitu Star Wars: Secret of the Empire yang bakal dibuka kepada umum pada 6 December 2018 di Skytropolis Funland, Genting Highland.

Ok kitorang nak ceritakan sedikit pengalaman kitorang sendiri bila pertama kali masuk The VOID ni. Masuk saja pintu The VOID ni, korang akan disambut dengan staff yang berpengalaman dan sangat mesra. Korang akan dibawa untuk sign dahulu beberapa dokumen elektronik sebelum korang dapat mencuba The VOID.

Selepas dah siap sign semua, korang akan dibawa ke satu bilik briefings yang mana korang akan di briefings oleh Cassian Andor, yes Cassian Andor yang bagi mission dekat korang! Tapi bukan in real life lah sebab dia cuma bagi mission melalui video message saja.

Lepas dah paham apa mission korang, barulah korang akan dibawa ke tempat untuk dorang pasangkan armor dan helmet VR. Korang tak perlu risau, walaupun korang berbadan besar *cough*gemuk*cough* macam aku, armor yang disarungkan boleh di adjust dan muat untuk semua orang.

Lagi satu sebelum kitorang terlupa, setiap sesi seramai 4 orang akan dibawa masuk ke dalam The VOID so pesanan aku adalah better korang pergi cuba The VOID ni bersama tiga orang kawan korang yang lain.

Disebabkan korang tak boleh masuk sorang-sorang, so korang maybe akan dimasukan sekali dengan 3 orang strangers lain bagi cukup 4 orang. So kalau tak nak dengan strangers, pastikan korang pergi masuk sini dengan 3 orang kawan korang yang lain.

Korang akan start mission korang dekat Planet of Mustafar, alah planet yang Anakin lawan dengan ObiWan Kenobi tu. Dekat sini korang dan kawan-kawan korang menyamar jadi Stormtrooper dan cuba mendapatkan kembali Imperial Intelligence yang dapat membantu Rebel Alliance melawan The Empire.

Dekat dalam The VOID Star Wars: Secret of the Empire ni apa yang aku boleh gambarkan adalah macam kau tengah main Paintball or Laser Tag tapi kau tengah guna VR dan berada sendiri dalam alam Star Wars tu.

Dia tak sama macam VR yang biasa korang try dekat luar yang mana korang just pakai headset VR lepas tu jalan guna controller. Dalam Star Wars: Secret of the Empire ni korang memang kena berjalan sendiri. Takda guna controller apa semua tu.

Helmet dan Armor yang korang akan pakai

Bila kau kena tembak, kau akan terasa kesan tembakan tu dekat badan korang. Bila pergi tempat yang panas or sejuk, badan korang sendiri memang akan terasa benda tu. Memang rasa real gila bro!

Entah, kalau aku nak terangkan dekat korang memang susah sebab korang memang kene rasa sendiri The VOID Star Wars: Secret of the Empire ni. Memang korang takkan menyesal, kitorang gerenti!

So make sure korang jangan lupa berkunjung ke The VOID, Genting Highland untuk mencuba sendiri Star Wars: The Secret of the Empire ni. Macam aku kata, dia akan mula dibuka bermula 6 Dec 2018 dan jangan lupa bawak kawan-kawan korang untuk mencuba benda ni sekali.

Untuk segala info tentang tiket dan maklumat lain, korang check out website rasmi The VOID dekat SINI.

KATALAKI: Kitorang dapat juga try The VOID Wreck-it-Ralph 2. Yang itu pun korang kene try jugak!

 

Last modified: 14 December 2018