Jom Kenali Jutawan-Jutawan Wanita Terkenal!

Sembang, ZeKool

Bila kita bercerita tentang jutawan-jutawan terkenal di dunia, mesti selalunya kita bercerita tentang jutawan lelaki. Selalunya dorang akan bercerita tentang Bill Gates, Warren Buffets dan ramai lagi tapi memang susahlah nak nampak dorang sebut jutawan-jutawan wanita. Jangan risau sebab hari ini aku akan share lima orang jutawan wanita yang terkenal di dunia!

ALICE WALTON

Untuk pengetahuan korang, Alice Walton ini bukan daripada keluarga yang biasa-biasa. Alice Walton ini sebenarnya adalah pewaris bagi perniagaan retail terbesar di dunia iaitu Wal-Mart. Kekayaan ini telah diwarisi olehnya apabila ayahnya dan juga founder Wal-Mart iaitu Sal Walton tinggalkan selepas dia meninggal dunia.

Walton Family juga merupakan antara keluarga paling kaya di dunia. Alice Walton kini berusia 70 tahun dan dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak USD47 Billions! Selain daripada menguruskan perniagaan Wal-Mart, Alice Walton juga menguruskan Crystal Bridges Museum of American Art di Arkansas, Amerika Syarikat.

ABIGAIL JOHNSON

Abigail Johnson merupakan president dan CEO untuk syarikat Fidelity Investment dan juga Chairman untuk syarikat Fidelity International. Fidelity Investment ini merupakan antara syarikat pelaburan terkenal di Amerika Syarikat yang mana telah dibina oleh datuknya pada tahun 1946.

Pada mulanya dia cuma bekerja sebagai Financial Analyst sahaja pada tahun 1988 di syarikat keluarganya namun telah diangkat menjadi CEO pada tahun 2014 dan telah menjadi Chairwoman pada tahun 2016. Sumber menyatakan Abigail Johnson mempunyai kekayaan sebanyak USD14.7 Billions!

LAURENE POWELL JOBS

Kalau korang nak tahu, Laurene Powell Jobs ini merupakan balu kepada cofounder Apple iaitu Steve Jobs. Sumber menyatakan yang Laurene merupakan antara 4 orang wanita paling kaya di dunia dengan kekayaan sebanyak USD21 Billions!

Laurene sekarang merupakan founder dan president untuk syarikat Emerson Collective yang mana merupakan satu organisasi yang bekerjasama dengan kerajaan untuk mencari solution bagi masalah pendatang asing. Dia juga mempunyai satu syarikat lain yang membantu remaja-remaja daripada keluarga kurang berkemampuan untuk sambung belajar yang dipanggil sebagai College Track.

JACQUELINE MARS

Korang pernah makan coklat dan gula-gula seperti M&M, Snickers dan Skittles? Kalau korang nak tahu, makanan-makanan ini telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh Mars.Inc semenjak tahun 1911. Sekarang ini syarikat ini diuruskan Jacqueline Mars setelah ayahnya meninggal dunia.

Dia yang berusia 80 tahun dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak USD40.1 Billions. Dia juga dikatakan bekerja rapat dengan United States Equestrian Team Foundation, sebuah kelab berkuda di Amerika Syarikat dan dia telah menerima anugerah pada tahun 2017 atas bantuan yang dia berikan untuk pasukan ini.

BLAIR PARRY-OKEDEN

Pewaris untuk syarikat telekomunikasi terbesar di Atlanta ini telah mewarisi syarikat Cox Enterprise selepas ibunya, Barbara Cox Anthony meninggal dunia pada tahun 2007 dan ini telah memberikan dia 25 peratus saham untuk syarikat ini.

Cox Enterprise ini telah ditubuhkan oleh datuknya iaitu James M. Cox pada tahun 1898. Ia kemudiannya telah diserahkan kepada ibunya sebelum ia diberikan kepada Blair Parry-Okeden. Blair dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak USD8.69 Billions!

KATALAKI: Bestnya dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya!

Last modified: 3 January 2020