Jom Usha 4 Female PUBG Streamer!

Game, Tech

Sekarang ini setiap permainan video mesti akan ada beberapa top streamer yang kalau kita sebut nama dia orang mesti kenal dan tahu game apa dorang main. Contohnya kalau aku sebut Ninja, mesti korang tahu dia top streamer untuk Fortnite.

via GIPHY

Bagi PUBG pula kalau tengok dekat Malaysia, ada beberapa orang streamer yang kini meningkat naik. Ada yang femes disebabkan viewer suka tengok dorang punya gameplay dan ada juga yang disebabkan viewer suka cara dorang interact dengan viewer.

So hari ini aku nak share beberapa orang female PUBG streamer yang bagi aku semakin femes di Facebook. Agak-agak korang kenal tak dorang ni?

EZT

Izati Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Ezt dikalangan gaming community. Dia mula expose kepada permainan video pada umur 6 tahun apabila melihat abangnya bermain permainan video klasik seperti Bomberman dan Metal Slug.

Dia menyatakan yang dia mula bermain permainan video PUBG pada tahun 2018 yang mana dia pada masa itu bekerja parttime sebagai gaming marshal untuk gaming tournament. Bos dia pada masa itu meminta satu team mereka untuk mula bermain PUBG kerana untuk menjadi marshal untuk tournament PUBG, mereka paling kurang perlu bermain game ini selama 600 in game hours. Disebabkan dia tidak mempunyai PC pada masa itu, dia terpaksa berulang alik ke rumah kawannya untuk bermain PUBG.

Ketika ditanya PUBG di platform mana yang menjadi kegemarannya, Ezt menyatakan yang dia lebih prefer PUBG PC. Walaupun begitu, bagi Ezt PUBG mobile lebih simple untuk dimainkan. Dia tidak pernah mencuba bermain PUBG pada console lagi dan berharap dapat mencubanya satu hari nanti.

Selalunya Ezt akan stream PUBG bersama kawan-kawannya yang lain yang Ezt gelarkan sebagai Baybee. Buat masa ini Ezt tidak terfikir lagi untuk join mana-mana esport team ataupun membuat team sendiri kerana tidak mempunyai masa untuk training bersama contohnya. Namun dia berharap satu nanti dia dan rakan-rakannya akan cuba join PUBG tournament andai diberi peluang. Korang boleh follow Ezt di Facebook Page dia di Izati “Ezt” Hashim.

NrlAiniii

Nurul Aini yang baru sahaja berumur 16 tahun agak femes diantara female PUBG streamer di Facebook. Dia menyatakan yang dia mula bermain permainan video pada umur 8 tahun dan video game pertama yang dia main adalah Counter Strike 1.6 dan Half Life.

Dia mula bermain PUBG pada tahun 2017 dan seperti Ezt, Aini lebih prefer PUBG PC berbanding PUBG Mobile dan PUBG Console kerana baginya PUBG PC lebih realistik daripada segi visual dan gameplay.

Ketika ditanya apa tips yang boleh diberikan pada mereka yang baru-baru nak berjinak main PUBG, Aini berkata kena keep training dan jangan takut untuk kejar hotdrop. Kalau korang nak tengok Aini streaming, korang boleh check out Facebook Page dia di Ainii Gaming.

RARA VIXXEN

Rara Vixxen atau nama sebenarnya Nurul Syahirah telah mula bermain permainan video pada umur 14 tahun dan game pertama yang mula berminat adalah Counter Strike 1.6 dan juga Dota. Ramai juga yang start daripada main Counter Strike 1.6 ni haha!

Dia yang lebih prefer PUBG PC kerana baginya pc version lebih bagus daripada PUBG Mobile dan PUBG Console. Dengan graphic yang lebih bagus dan lebih banyak pemain tak dilupakan PUBG PC lebih senang mendapat apa-apa update.

Tips daripada Rara ini agak berguna juga sebab katanya kalau korang baru mula nak bermain PUBG pastikan hanya engage dengan enemy bila perlu sahaja. Lebih selamat untuk elakkan diri daripada menembak musuh kalau korang tak pasti korang boleh bunuh dorang atau tidak sebab andai kata tembakan korang tak mengena, korang just expose dekat mana korang tengah menyorok!

Rara mempunyai team PUBG-nya sendiri yang diberi nama VGaming dan pertama kali dorang join tournament adalah pada awal tahun ini yang dianjurkan oleh Sin Esport. Tournament ini turut disertai oleh 16 professional PUBG team daripada Malaysia dan Singapore. Kalau korang nak usya Rara livestream, jangan lupa singgah dekat Facebook Page dia di Rara Vixxen

WATAPINCESSS

Nur Shahiza atau lebih dikenali dengan panggilan Watapincesss dikalangan gaming community. Dia yang berumur 26 tahun mula expose pada video game pada umur 6 tahun. Disebabkan dia anak tunggal, video games sahaja yang dia ada untuk isi masa lapang dia semasa dia masih kecil.

Shahiza mula bermain PC games pada tahun 2013 dan PC game pertama yang dia mula minat adalah game Ragnarok Online 2. Selepas tamat belajar dan mula bekerja, Dia mula memasang niat untuk build pc dia sendiri. Dia mula bermain PUBG sejak daripada early access lagi. Walaupun pada mulanya dia asyik kalah tapi dia tetap queue untuk next game dan keep practices!

Ketika mula-mula berjinak-jinak dengan streaming pada tahun 2016, dia hanya nak mencuba-cuba sahaja. Namun disebabkan feedback positif yang dia dapat daripada viewer yang suka tengok gameplay dan dengar dia berceloteh membuatkan dia terus livestream sehingga sekarang. Baginya dengan streaming sambil bermain permainan video merupakan salah satu cara untuk dia hilangkan stress.

Korang jangan lupa check out Facebook Page Watapincess ataupun Facebook Page Todak Gaming sebab dia selalu livestream dekat dua Facebook Page ini. Kalau korang rasa korang power boleh minta izin dia nak join satu or dua game hahaha! 

KATALAKI: Aku memang fail main PUBG ini. Tak kiralah PUBG PC ke Mobile memang aku fail gila. Tapi aku boleh tahan power main Apex Legends dekat PS4 hahahaha!

Last modified: 6 May 2019