Jose Mourinho Kaki Borong

Aktif, Bola

Semalam, 18 Disember 2018, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita Jose Mourinho dilucutkan jawatan sebagai manager Manchester United. Selama 2 tahun lebih berkhidmat di Manchester United, Jose Mourinho berjaya menghadiahkan 3 piala untuk Manchester United antaranya EFL Cup 2016/2017, FA Community Shield 2016/2017 dan UEFA Europa League 2016/2017.

Apa perasaan korang fans Man Utd? Setuju dengan pemecatan Jose Mourinho? Mungkin ada yang setuju, ada juga yang meratapi pemergian Jose Mourinho. Sejujurnya Jose Mourinho memang seorang manager yang hebat dan gempak. Tapi dengan situasi dalaman yang melanda Man Utd sekarang ni, menyebabkan pemain-pemain mula rasa terlalu pressure dan tak tentu arah kat atas padang. Keputusan Jose Mourinho untuk lepaskan jawatannya ada kebaikkannya untuk masa depan Man Utd. Manager gempak macam Jose Mourinho ni confirm tak lama nanti ada pasukan lain yang perlukan khidmat dan kepakarannya. Masa tu la boleh buat comeback!

Jom kita tengok balik antara player yang pernah dibeli oleh Jose Mourinho masa masih lagi sebagai pengurus Manchester United. Berbaloi ke tak pembelian Jose Mourinho ni.

Paul Pogba (Dibeli daripada Juventus pada August 2016)

Jose Mourinho lah yang berjaya pujuk dan bawa balik Paul Pogba ke Manchester United. Siap viral #Pogback masa proses perpindahan Paul Pogba ke Manchester United. Tapi sejak awal tahun 2018, persefahaman Paul Pogba dan Jose Mourinho mula nampak goyah sampai terpampang di muka depan akhbar di England.

Romelu Lukaku (Dibeli daripada Everton pada July 2017)

Salah seorang lagi tonggak utama Manchester United yang dibeli oleh Jose Mourinho untuk menguatkan lagi jentera serangan. Jose Mourinho dan Romelu Lukaku dah bersama dan ngam sejak di Chelsea lagi.

Musim pertama Romelu Lukaku beraksi bersama Jose Mourinho di Manchester United, Romelu Lukaku berjaya jaringkan 27 gol dalam 51 perlawanan. Untuk musim 2018/2019, Romelu Lukaku berjaya jaringkan 6 gol je dalam 22 perlawanan. Penyokong Manchester United pun macam dah fed up dengan Romelu Lukaku yang semakin tumpul depan gol. First touch dan passing Romelu Lukaku pun makin mengarut. Mungkin manager baru nanti boleh tajamkan balik boots Romelu Lukaku depan gawang gol?

Fred (Dibeli daripada Shaktar Donetsk pada Jun 2018)

Pemain yang belum lagi bagi sebarang impak untuk Manchester United. Masa beraksi bersama Shaktar Donetsk di Ukraine, Fred dah berjaya kumpul 6 piala. Fred antara tonggak utama pasukan Shaktar Donetsk yang pernah jaringkan 15 gol dan 15 assists dalam 155 perlawanan. Masa dalam proses perpindahan, Manchester City pun berebut nak beli Fred ni. Tapi Fred memilih untuk bersama dengan Manchester United. Menyesal ke tak tu masuk Manchester United?

Henrikh Mkhitaryan (Dibeli daripada Borrusia Dortmund pada July 2016)

Jose Mourinho yang beli Mkhitaryan daripada Borrusia Dortmund, Jose Mourinho juga lah yang jual Mkhitaryan dekat Arsenal. Tu lah ketegasan Jose Mourinho dalam pengurusan pasukan. Kalau player tu dah tak nak dengar cakap, tak boleh nak ikut taktital Jose Mourinho memang confirm kena jual. Mkhitaryan berjaya jaringkan 13 gol dan 11 assists dalam 63 perlawanan bersama Manchester United.

Alexis Sanchez (Dibeli daripada Arsenal pada Januari 2018)

Selain daripada Fred, Alexis Sanchez juga menjadi rebutan Manchester City masa dalam proses perpindahan. Tapi Jose Mourinho berjaya pujuk Alexis Sanchez untuk datang ke Manchester United. Dah setahun Alexis Sanchez bermain dengan Manchester United, takde lagi apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Alexis Sanchez. Penyokong Manchester United dan media di England dah banyak kali kutuk prestasi Alexis Sanchez yang hambar di atas padang. Manager baru nanti kena buktikan yang Alexis Sanchez memang penyerang yang boek.

KATALAKI: Lepas ni rindu la nak tengok Jose Mourinho mengamuk tepi padang.

Last modified: 19 December 2018