Juadah Hari Raya Aidilfitri Setiap Negeri

Sembang

Bila tiba je Hari Raya Aidilfitri, benda pertama yang kita bayangkan dah tentu sekali makanan atau pun juadah Hari Raya. Lemang, ketupat, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, lontong dan banyak lagi lah. Pagi Hari Raya pertama tu merupakan sarapan kali pertama untuk umat Islam selepas sebulan berpuasa. Nikmat dia tu memang lain macam.

Image Via : butterkicap.com

Bila tiba Hari Raya, dah tentu sekali setiap orang kat Malaysia ni berada di kampung halaman masing-masing. Jadi, makanan atau pun juadah di Hari Raya mesti berbeza-beza. Kali ni, kita nak tengok jenis-jenis juadah yang disediakan masa Hari Raya mengikut setiap negeri di Malaysia.

Pahang

Puding Raja

Pada zaman dulu, Puding Raja hanya disediakan sebagai pencuci mulut masa majlis pertabalan sultan, hari keputeraan sultan dan majlis-majlis yang melibatkan pihak istana. Tapi sekarang ni, semua orang dah boleh makan Puding Raja terutama sekali masa Hari Raya. Masa bulan Ramadan pun sebenarnya dah ada dah yang jual Puding Raja. Antara bahan-bahan yang ada dalam Puding Raja ialah pisang lemak manis, jala emas (kuning telur yang dimasak dengan gula), buah prun, buah ceri dan kacang gajus.

Perak

Rendang Tok

Image Via : serikeningau.com

Pada asalnya, Rendang Tok menggunakan daging kerbau yang lebih berurat, manis dan lebih serasi dengan ramuan rendang. Tapi sekarang ramai yang masak Rendang Tok menggunakan daging lembu sebab lagi senang nak cari. Tak kisah la makan dengan lemang ke, ketupat ke, atau pun roti, tapi kalau pergi beraya kat Perak, wajib makan Rendang Tok.

Sabah & Sarawak

Kelupis

Image Via : captainsabah.blogspot.com

Kalau kat negeri di Semenanjung Malaysia, lemang dan ketupat makanan paling popular masa Hari Raya, berbeza dengan Sabah & Sarawak. Kelupis merupakan makanan utama yang dihidangkan masa Hari Raya, dimakan bersama rendang ataupun kari. Rasa Kelupis ni lebih kurang sama macam ketupat pulut, tapi lebih lembut dan manis.

Pulau Pinang

Laksa Penang

Image Via : nyonyacooking.com

Hari biasa pun ada je Laksa Penang atau Asam Laksa yang dijual dan boleh dimakan. Tapi makan Laksa Penang masa Hari Raya, rasa puas hati tu lain macam. Apa beza Laksa Penang dengan Laksa yang lain? Laksa Penang ni lebih berkuah dengan isi ikan, dimakan dengan telur, nanas, salad, timun, bawang dan petis. Kalau Laksa Johor contohnya, menggunakan spagetti dan kuah yang seakan-akan kari.

Johor

Lontong

Image Via : deskgram.net

Tak semestinya Hari Raya baru ada Lontong di Johor. Tapi bila tibanya Hari Raya Aidilfitri, Lontong ialah salah satu makanan yang wajib ada di Johor atau pun di rumah orang yang berasal dari Johor. Antara ramuan yang wajib ada dalam lontong ialah tempe, tauhu, kacang panjang dan dimakan bersama kuah lodeh. Ada gak yang makan lontong dengan serunding, telur rebus, sambal tumis dan sambal kacang.

Terengganu & Kelantan

Nasi Dagang

Image Via : wanisukarno.com

Kalau yang beraya di Terengganu & Kelantan, Nasi Dagang dah memang confirmed ada di pagi Hari Raya pertama. Nasi Dagang selalunya dimakan bersama dengan kuah kari ikan tongkol yang pekat dan digaul. Nasi Dagang Terengganu dan Kelantan ada perbezaannya yang tersendiri. Contohnya, Nasi Dagang Terengganu hanya dimakan dengan kari ikan tongkol dan Nasi Dagang Kelantan ada yang makan dengan kari ayam.

Negeri Sembilan

Rendang Hitam

Image Via : butterkicap.com

Rendang Hitam selalunya boleh dijumpai dan dimakan masa Hari Raya je kat Negeri Sembilan. Ada yang makan Rendang Hitam ni dengan nasi, lemang atau pun lontong daun pisang. Mana-mana pun sodap.

Melaka

Dodol

Image Via : eztakaful.com.my

Dodol boleh dikira sejenis makanan dalam kategori manisan. Bukan senang nak masak Dodol. Memerlukan berjam-jam untuk masak dodol secara tradisional. Zaman moden sekarang, dodol buat guna mesin je. Antara bahan yang ada dalam Dodol ialah santan, tepung pulut, gula pasir dan gula melaka. Tapi zaman semakin moden ni, macam jenis rupa dan rasa Dodol kita boleh jumpa.

Kedah

Lengat Pisang

Image Via : dielacraft.blogspot.com

Kuih yang paling popular di Kedah masa bulan puasa dan sambutan Hari Raya. Lengat tu maksudnya kukus dalam loghat negeri Kedah. Bahan yang kena ada untuk buat Lengat Pisang ialah tepung gandung, santan dan dah semestinya pisang.

KATALAKI: Memang lengkap Hari Raya rasanya kalau dapat makan makanan tradisi setiap negeri. 

Last modified: 31 May 2019