Juruterbang Menjadi Penyeludup Dadah Terkenal!

Sembang

Christened Adler Berriman Seal atau Barry Seal telah dilahirkan pda 19 July 1939. Semasa kecil dia dikatakan merupakan seorang kanak-kanak yang sangat periang dan sangat peramah walaupun bapanya, Benjamin Curtis Seal merupakan seorang penyokong kuat Ku Klux Klan (KKK).

Walaupun begitu, dia telah membuktikan dia membesar menjadi orang yang berjaya dan ini boleh dilihat apabila dia dinobatkan sebagai orang termuda yang berjaya menerbangkan kapal terbang pada usia dia hanya 15 tahun.

Pada umur 16 tahun, dia telah berjaya memiliki lesen juruterbang yang sah. Bagi mendapatkan extra income, Barry mengambil upah untuk menyebarkan iklan menggunakan kapal terbang. Bila semakin meningkat dewasa, Barry menggunakan kelebihan dia untuk perkara yang lebih baik.

Ketika tahun 1961, dia telah menyertai Louisiana Army National Guard dan berkhidmat sebagai ahli 20th Special Force Group selama beberapa tahun. Selepas berkhidmat untuk negara, dia kemudiannya bekerja sebagai engineer di Trans World Airlines.

Namun disebabkan bakat dia mengendalikan kapal terbang dan mempunyai lesen sah untuk menjadi juruterbang, dia kemudiannya dinaikan pangkat menjadi Command Pilot dan ini menjadikan dia orang termuda yang pernah mengendalikan kapal terbang Boeing 707.

Tapi langit tidak selalunya cerah. Pada tahun 1972, dia telah menemui kemalangan dan terpaksa melakukan pelbagai kerja yang agak meragukan demi mencari duit semasa dia sedang cuti sakit. Pada mulanya dia membantu beberapa kumpulan kongsi gelap untuk menyeludup bahan letupan ke Cuba.

Dia telah diberitahu yang bahan letupan ini akan digunakan untuk menumbangkan Fidel Castro namun itu hanyalah satu penipuan. Dia akhirnya telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan di bawa ke mahkamah untuk dibicara. Nasib sekali lagi menyebelahi dia bila pihak pendakwa gagal mencari saksi untuk mendakwa Barry.

Tapi kes ini telah menyebabkan dia telah kehilangan kerja sebagai juruterbang dan ini menyebabkan kehidupannya lagi tersepit. Menurut apa yang telah diberitahu oleh isterinya, Barry mula aktif terlibat dengan jenayah pada tahun 1975.

Pada mulanya dia cuma terlibat dengan penyeludupan ganja dan akhir sekali menyeludup cocaine. Dia mula bergaul dengan pelbagai orang daripada bisnes yang sama dan akhirnya dia telah bekerja dengan Pablo Escobar, ketua Medellin Cartel!

Cara Barry menyeludup cocaine ke Amerika Syarikat juga amat efektif yang mana dia tidak perlu mendaratkan kapal terbangnya. Dia akan menerbangkan kapal terbangnya ke Arkansas dan melemparkan beg-beg yang berisi cocaine dari atas kapal terbang.

Setibanya beg ini di darat, rakan Barry yang sedang menunggu disitu akan mengutip beg-beg ini dan bawanya ke tempat penyimpanan. Selama bertahun-tahun dia melakukan kegiatan ini dan Barry telah berjaya mengaut berjuta-juta keuntungan.

Satu hari, Barry telah ditangkap oleh pihak berkuasa apabila kapal yang sedang membawa dadah-dadah ini berjaya diserbu oleh polis. Dia telah diberikan hukuman penjara selama 10 tahun. Semasa dalam penjara, Barry telah berjumpa dengan ketua Drug Enforcement Administration (DEA) dan memberitahu dia boleh membantu mereka memberkas Pablo Escobar.

Rancangan itu telah diterima dan dia berjaya mendapatkan bukti tentang kegiatan Escobar dan berikannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat. Namun surat khabar The Washington Times yang melaporkan berita ini telah menulis nama penuh Barry sebagai orang yang memberikan maklumat dan ini meletakan diri dia dan keluarganya dalam bahaya.

Akhirnya pada 19 February 1986, dia telah dibunuh oleh dua orang pembunuh upahan Pablo Escobar semasa sedang menaiki kereta. Namun ada yang menyatakan kematiannya sebenarnya telah dirancang oleh kerajaan Amerika Syarikat sendiri dan bukannya dibunuh oleh pembunuh upahan Pablo Escobar!

KATALAKI: Satu movie yang diadaptasi daripada kehidupan Barry Seal yang bertajuk American Made telah dikeluarkan pada tahun 2017 dan dilakonkan oleh Tom Cruise!

Last modified: 20 August 2019