Jutawan On The Way Pergi Angkasa Lepas

Sembang

Baru-baru ni pemilik syarikat terkenal Virgin Group Richard Branson umumkan yang dirinya akan terbang ke angkasa lepas dalam masa empat atau lima bulan lagi sempena menyambut ulang tahun ke-50 manusia pertama menjejakkan kaki di bulan.

Sumber : dailymail.co.uk

Apollo 11, yang dinaiki oleh Neil Amstrong dan Buzz Aldrin kali pertama berjaya sampai ke bulan pada tahun 20 Julai 1969. Neil Amstrong menjadi manusia pertama jejakkan kaki di permukaan bulan dan Buzz Aldrin orang kedua, 19 minit selepas Neil Amstrong.

Menjelang tahun 2020, Richard Branson, pemilik Virgin Galactic akan sediakan kapal pengangkutan khas yang diberi nama SpaceShipTwo dalam misi untuk bawa pelancong jejakkan kaki di bulan. Misi ni juga disertai oleh syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk, SpaceX dan Jeff Bezos, pemilik syarikat Blue Origin. Masing-masing tengah berlumba nak jadi syarikat pertama yang berjaya bawa pelancong ke bulan. Bawah ni gambar kapal angkasa yang akan digunakan nanti. Tapi sekarang ni masih lagi dalam proses percubaan.

Virgin Galactic

Sumber : AP

Virgin Galactic

 

SpaceX

SpaceX

Blue Origin

Blue Origin

KATALAKI: Lain macam je bentuk kapal Blue Origin tu.

Last modified: 12 February 2019