Kaki Uno Dah Kena Game

Sembang

Dah berapa puluh tahun atau belasan tahun korang main UNO? Atau ada antara korang baru je belajar main UNO? Permainan kad UNO kali pertama dicipta oleh Merle Robbins, seorang tukang gunting rambut pada tahun 1971.

Korang pun mesti dah familiar dengan cara permainan kad UNO ni. Bila korang jerit UNO!, confirm member korang dah gelabah sebab korang tinggal satu kad je lagi. Satu syarat untuk tinggalkan satu kad yang terakhir tu ialah tak boleh habiskan permainan UNO menggunakan Action Card.

Korang sedar tak sebenarnya syarat tu salah? Siapa kata Action Card tak boleh guna sebagai kad yang terakhir? UNO sendiri dah sahkan yang Action Card boleh digunakan sebagai kad terakhir lepas korang jerit UNO! Tak percaya gak korang boleh baca sendiri tweet daripada UNO kat bawah ni.

Kalau ada member korang yang degil gak, tolong tonyoh bukti dalam artikel ni kat dorang. Dah berapa banyak game dah korang kalah sebab kononnya tak boleh guna Action Card?

KATALAKI: Kalau ada lagi yang tak pernah main UNO minta tolong member ajar. Gian weh.

Last modified: 3 February 2019