Kalau Aku Kaya

Sembang

Pernah tak korang terfikir sejenak buat seketika dengan persoalan “Kalau aku ada RM20,000. Apa yang aku akan beli ek?” yang bermain dalam kepala korang? Ini terjadi dekat aku baru-baru pada suatu pagi di hari jumaat yang mulia otw nak ke office. Lantas dengan adanya persoalan ni dalam kepala aku, aku pun terfikir list of barang-barang yang aku atau korang pun boleh beli kalau ada RM20,000 dalam tangan.

List of benda-benda ni hanyalah apa yang aku terfikir, mungkin bagi korang ada benda lain yang lagi better untuk dimiliki. Kalau ada, silalah komen kat bawah page ni. Cer add-on kan list korang pulak.

1. Iphone XS MAX

Antara barang terkini yang pastinya akan bakar line kalau bro-bro lepak mamak adalah Iphone X. Tapi kalau dah ada RM20,000, akankah lebih elok kalau korang angkat Iphone paling mahal sekali. Iphone XS Max ni harga kat kedai dalam lebih kurang RM7,000 lebih. Kalau korang angkat Iphone XS Max ni still ada RM13,000 baki. Baki ni korang boleh la buat bajet beli casing & screen protector yang harga bangsawan lah.

Kredit foto: Youtube – Galeri Kereta

2. Make-up Kereta

Tak bro la kalau tak gunakan RM20,000 untuk make-up kereta ya dok? Tambah la sound system yang merecik, spoiler yang cun melecun atau tukar color kereta. Eh macam-macam lagi lah. Kalau korang borak dengan @Ijalazhar pasal make-up kereta ni, 7 hari 7 malam pun tak habis weyh!

3. Gaming Setup

Kalau korang gamer, confirm korang dah tau dah nak buat apa dengan RM20,000. Ada yang nak beli semua jenis konsol you name it lah, PS4, XBox, Nintendo sekali jenis. Eh macam-macam lagi lagi. Tapi selain daripada korang beli semua jenis konsol. Baik terus buat PC atau Laptop gaming yang confirm puas hati. RM20,000 tu takde lah brooo. Nak tau gaming setup yang cambest macam mana? Korang boleh tanya @Callmemok, dia terrer bab-bab gaming setup ni.    

Kredit foto: resenhademotos.blogspot.com

4. Yamaha MT07

Dengan RM20,000 ni, apa yang aku boleh cadangkan korang boleh buat adalah jadikan down payment untuk sebuah motor idaman bro-bro zaman sekarang, which is motor Yamaha MT07. Anggaran harga kat kedai dalam lebih kurang RM34,000. So RM20,000 boleh la ringgankan sikit beban monthly installment motor ni.

5. Hypebeast Kicks – Gucci

Style yang must-have zaman sekarang buat bro-bro semua adalah kasut sneakers Gucci. Korang ingat awek-awek je ke nak melawa pakai Gucci? Bro-bro pun nak nampak stylo dan trendy. Sepasang sneakers Gucci ni anggaran dalam lebih kurang RM2,000 KE ATAS!. Tapi kalau dah ada RM20,000, nak beli 10 pasang pun takde hal bro. Confirm korang memang paling hypebeast bila jalan atas kasut Gucci ni.

Bila dah ada list of benda yang aku terfikir nak beli kalau ada RM20,000 tapi kat mana pulak nak cari RM20,000 ek? Antara yang kita boleh buat of course lah saved duit gaji tiap-tiap, buat dua-tiga kerja macam disarankan oleh pak menteri suatu ketika dahulu.

Sebenarnya ada bermacam-macam cara lah kalau nak buat extra income, salah satu cara effective adalah dengan teka suara artis Hot Selebriti kat Hot FM. Diorang nak bagi RM17,000 untuk sesiapa je yang dapat teka 5 suara artis dengan betul. So kalau korang menang RM17,000, tinggal nak save RM3,000 je. Cantikkkk…

KATALAKI: RM20,000 buat bajet untuk wedding pun okay gak geng.

Last modified: 7 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *