“Kalau Kau Kencing Berdiri, Murid Akan Kencing Berlari” – Nam Ron

Sembang

Filem terbaru lakonan Nam Ron dan Pekin Ibrahim, Suatu Ketika dah pun mula ditayangkan bermula 12 September 2019 di pawagam seluruh Malaysia. Filem Suatu Ketika ni pasal apa sebenarnya? Mari kita rungkaikan satu per satu.

Image Via : thelaki.com.my

“Kalau Kau Kencing Berdiri, Murid Akan Kencing Berlari”, tu lah dialog keramat yang diungkapkan oleh Nam Ron sebagai Pak Sa’ad, seorang tukang kebun di Sekolah Ujong Pasir yang bermati-matian memperjuangkan semangat dan jati diri demi tanah air tercinta menerusi sukan bola sepak yang berlaku pada tahun 1952, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Image Via : thelaki.com.my

Pak Sa’ad dan Cikgu Sulaiman, watak yang dipegang oleh Pekin Ibrahim merupakan dua orang tulang belakang yang menubuhkan satu pasukan bola sepak, terdiri daripada 12 orang pelajar Sekolah Ujong Pasir yang serba kekurangan untuk bersaing dengan pasukan daripada Sekolah Inggeris St. James.

Image Via : thelaki.com.my

Tahniah kepada pengarah, Prakash Murugiah sebab berjaya menampakkan filem Suatu Ketika kembali ke zaman Tanah Melayu yang masih lagi dibawah jajahan British. Bermula daripada basikal yang digunakan, keadaan rumah kedai, pakaian yang digunakan oleh pelakon-pelakon dan sehingga lah bola yang digunakan dalam filem ni. Mana lagi kita nak cari bola zaman dulu yang mungkin dah susah kita nak tengok depan mata sekarang ni.

Image Via : thelaki.com.my

Sinematografi yang ditampilkan dalam filem ni pun memang layak dipuji menerusi adegan yang berlaku di padang bola sepak, kawasan estet dan sebuah rumah yang betul-betul terletak di tepi pantai berserta pasir yang putih. Sepanjang kami tengok filem ni, tak pernah berhenti terfikir kat mana sebenarnya lokasi pengambaran filem Suatu Ketika ni. Syabas kepada pihak produksi filem Suatu Ketika yang berjaya menampilkan pemandangan Malaysia yang jarang kita dapat tengok kat dalam filem.

Image Via : thelaki.com.my

Secara keseluruhannya, filem Suatu Ketika berjaya buat kami leka dengan jalan cerita yang ringkas, kisah adik-adik yang mempunyai minat yang sama iaitu bola sepak tapi datang daripada latar belakang yang berbeza dan perjalanan sebelum terbentuknya sebuah pasukan bola sepak yang akhirnya berjaya mencabar pasukan bola sepak Sekolah Inggeris.

Image Via : thelaki.com.my

Dalam filem ni, ada gak ditunjukkan macam mana pasukan bola sepak yang takde langsung kemudahan bola sepak tapi cuba mencari jalan untuk mewujudkan sebuah padang bola sepak berserta sebiji bola, kasut bola dan sarung tangan untuk penjaga gol. Cuba bayangkan apa yang dorang gunakan untuk mewujudkan tiang gol dan jaring gol? Korang kena tengok sendiri dalam filem ni untuk tahu jawapannya.

Image Via : thelaki.com.my

Untuk info, adik-adik yang berlakon dalam filem Suatu Ketika ni kebanyakannya baru pertama kali berlakon. Adik-adik yang terpilih untuk berlakon dalam filem ni juga dilatih berlakon dan bermain bola sepak oleh Nam Ron dan pengarah Prakash Murugiah selama enam bulan sebelum pengambaran filem bermula. Filem Suatu Ketika juga merupakan koleksi kisah benar yang dikumpul dan dikaji oleh Prakash Murugiah untuk disatukan menjadi sebuah filem.

Image Via : thelaki.com.my

Nah trailer yang boleh tahan gempak untuk korang layan sebelum pergi tengok filem penuh kat wayang nanti.

KATALAKI: Ada gak scene yang akan buat korang mengalir air mata dalam filem Suatu Ketika ni. Boleh standby tisu awal-awal…

Last modified: 4 October 2019