Kamus Digital Zaman Moden. Tapi Boleh Ke Kita Terima Maksudnya?

Sembang

Ada lagi tak antara kita ni yang masih lagi menggunakan buku kamus untuk mencari makna kepada sesuatu perkataan? Atau sekarang ni dengan kemudahan internet yang semakin canggih, lebih senang untuk Google je kalau nak cari maksud atau makna sesuatu perkataan? Kalau ada lagi yang masih menggunakan buku kamus, korang antara manusia yang paling rare kat dunia. Pada tahun 2018, kamus pernah dilelong dengan harga RM1 sehingga RM5.

Dunia yang semakin moden, kamus pun kena semakin moden gak sekarang ni. Sama ada korang sedar atau pun tak, sekarang ni ada kamus paling popular di dunia, dah pun mempunyai followers lebih daripada 2 juta, dikenali sebagai HipDict. Mungkin korang sebenarnya merupakan salah seorang followers HipDict kat Instagram?

 

View this post on Instagram

 

I spend more time opening and closing it than browsing it.

A post shared by HipDict – Definition By You (@hipdict) on

 

View this post on Instagram

 

The safe place.

A post shared by HipDict – Definition By You (@hipdict) on

Kalau yang dah follow tu, apa yang membuatkan korang tertarik untuk sentiasa menerima kemas kini yang terkini daripada HipDict? Makna yang diberikan untuk sesuatu perkataan memang tepat dan ada kena-mengena dengan korang, betul?

 

View this post on Instagram

 

Without Facebook’s reminder, 99% of them won’t remember.

A post shared by HipDict – Definition By You (@hipdict) on

Perkataan dan maksud yang muncul dalam Instagram Hipdict ni sebenarnya boleh dihantarkan atau dicadangkan oleh orang ramai. Kalau korang ada perkataan yang nak diberikan kepada Hipdict pun boleh. Pergi je kat Hipdict.com. Hantar lah seberapa banyak perkataan dan maksud yang korang nak hantar, ikut suka hati korang. Yang penting, kena dalam Bahasa Inggeris. Kang orang yang jaga Hipdict tu tak faham lak.

Image Via : hipdict.com

Pengikut HipDict kat Instagram yang terawal mesti dah tahu yang dulu Hipdict dikenali sebagai 8Dict. Pada tahun 2017, baru lah 8Dict tukar nama, menggunakan nama baru yang dikenali sehingga kini, HipDict.

 

View this post on Instagram

 

I know that feeling also. #8factdict #definition

A post shared by HipDict – Definition By You (@hipdict) on

 

View this post on Instagram

 

What’s your definition? #HipDict #definition #word #dictionary

A post shared by HipDict – Definition By You (@hipdict) on

Korang jangan tak tahu, kalau korang nak akses kamus digital dalam versi Bahasa Malaysia pun dah boleh dah sekarang ni. Ni kamus yang betul-betul, dikawal dan diuruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Korang boleh klik je kat SINI.

KATALAKI: Bila agaknya akan muncul kamus digital macam HipDict tapi versi Bahasa Malaysia. Nak tahu gak macam mana level lawak yang akan disampaikan nanti.

Last modified: 18 December 2019