Kapal Terbang Yang Dirampas Pengganas Selama Berminggu-Minggu

Sembang

Salah satu filem popular yang pernah menceritakan mengenai detik kapal terbang dirampas oleh penjenayah atau pengganas adalah filem Con Air yang ditayangkan pada tahun 1997, menampilkan Nicolas Cage sebagai pelakon watak utama. Filem Con Air bukan berdasarkan kisah benar dan hanya lah rekaan semata-mata, tapi korang tahu tak sebenarnya rampasan kapal terbang pernah terjadi di dunia realiti pada tahun 1985?

Pada 14 Jun 1985, sebuah pesawat komersial Trans World Airlines (TWA) Flight 847 yang mempunyai 147 penumpang termasuk anak kapal, berlepas dari Athens, Greece menuju ke Rome, Itali, dirampas oleh 2 orang pengganas yang menyeludup masuk beberapa biji bom tangan dan sepucuk ke dalam pesawat bagi mengugut kerajaan Israel untuk melepaskan puak Syiah yang ditahan di penjara Israel. Mengubah haluan dan mendarat di Beirut selama beberapa jam, 19 orang penumpang yang menjadi tebusan berjaya turun daripada pesawat sebagai syarat pertukaran untuk mengisi minyak kapal terbang dan kembali berlegar di udara selama beberapa jam, berulang-alik dari Beirut ke Algiers sebelum sekali lagi kembali mendarat di Beirut untuk mengisi minyak. Kali ni, 20 orang penumpang dilepaskan sebagai pertukaran untuk mengisi minyak kapal terbang.

Pengganas tersebut cuba mencari penumpang yang berasal dari Israel, tapi gagal untuk mengenal pasti kerakyatan setiap penumpang dan mengalihkan perhatian kepada penumpang yang berasal dari Amerika Syarikat untuk diasingkan daripada penumpang-penumpang yang lain. Semasa mendarat kali ke-2 di Beirut, seorang tentera laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Robert Stethem, dipukul, ditembak, dibunuh, dicampak ke atas landasan dan meneruskan rundingan selama berminggu-minggu bersama baki penumpang yang masih berada di dalam kapal terbang untuk membebaskan ahli anggota puak Syiah yang ditahan.

Pada 30 Jun 1985, selepas menerima campur tangan daripada presiden Amerika Syarikat pada waktu tersebut, Ronald Reagan untuk mengadakan rundingan secara terperinci, semua baki penumpang berjaya diselamatkan dan diterbangkan ke Jerman menggunakan pesawat tentera Amerika Syarikat. Pengganas yang bertanggungjawab merampas pesawat TWA Flight 847 dikenali sebagai Mohammed Ali Hammadi, akhirnya berjaya ditangkap di lapangan terbang Frankfurt, Jerman ketika cuba menyeludup masuk bahan letupan, 2 tahun selepas peristiwa yang menimpa pesawat TWA Flight 847.

Pada tahun 1986, kejadian yang berlaku kepada pesawat TWA Flight 847 pernah menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang bertajuk The Delta Force, lakonan Chuck Norris. Filem ni bukan lah kisah benar mengenai kejadian pesawat TWA Flight 847, tapi keseluruhan jalan cerita yang ditampilkan menyerupai kisah yang berlaku kepada pesawat TWA Flight 847.

KATALAKI: Rumit gak kisah mengenai pesawat TWA Flight 847 ni. Kalau korang rajin, korang boleh cari dan baca dengan lebih mendalam kat internet.

Last modified: 1 June 2020